F

Thursday, November 19, 2009

sahabat

tatkala aku menangis kerana kesakitan
dan jiwa aku merintih kerana kecurigaan..
saat itu aku terasa bahuku disentuh
dan bila aku berpaling..
ada sahabat yang sedang menenangkan..

bila aku merungut kerana kepenatan
dan aku merengus kemarahan
dirimu sahabat
hanya diam tidak terkuak..
bukan kerana takut...tapi
untuk mengelak daripada kekusutan....

betapa
aku sedang merindui sahabatku..
kerana perpisahan telah tertulis
walau malam ini aku masih berteleku di meja ilmu..
namun,
kesunyian yang sahabat tinggalkan
buat aku kerinduan...
ingin untuk sekali lagi bertemu...
ketawa dan berkongsi cerita.

semoga
akan hadir pertemuan lagi
untuk aku melihat sahabatku..
walau untuk sekejap
supaya hati aku terubat daripada kerinduan.

p/s: kata-kata ini aku dedikasikan buat sahabat-sahabatku yang selalu bersama aku semasa di UUM 2006-2009...ayu, aisyah, ain, yati, nik ezlin, ara, dan semua yang mengenali aku dan pernah bergelar sahabat kepada aku tapi tidak disebut namanya disini. semoga kalian semua akan berada dalam keadaan yang bahagia dan selamat menmpuh alam yang lebih mencabar....serta semoga kalian akan dapat mengapai impian...insyallah..
akudankata: inamardina.