F

Thursday, October 24, 2013

Kenapa susah nak berenti?

Assalamualaikum...

Buat sayang ibu Muhammad izz Zulqarnain bin Mohd Saiful...
Ibu mintak maaf sebab dah lama tak update blog ni kang..
Sebenarnya ibu dalam proses pertukaran ke blog baru..Masih dalam pembikinan..:)

Today, Ibu rasa sangat down..tak sepatutnya ibu rasa mcam ni kang sayang..sedangkan ibu kene kuat semangat untuk menghadapi semua ketentuan Allah s.w.t kang?

Kenapa Ibu susah sangat nak berenti kerja ni? Kenapa ibu sayang sangat dengan kerja ibu ni?
Kadang kesian kat ayah sorang kat Johor kang? Kadang kesian kat ibu berdua dengan NAIN kat KL kang?
Kalau ayah sakit demam pening pun sorang2..kalau NAIN atau ibu sakit pening pun kita sendirian kang?
Sebenarnya kita bertiga memang kesian kan?

Kenapa ibu tak berenti je?
Ayah pun tak galakkan ibu berhenti..sebab sayangkan kerja ibu..nak dapat kerja bukan senang zaman sekarang ni??
Penting sangat ke kerja ibu ni berbanding keluarga ibu?

Wednesday, October 9, 2013

Tewas

NAIN..
Permata hati ibu dan ayah..
Awak sekarang dah semakin membesar dan pandai ye..
Tiap kali ibu ambil dari rumah mama..awak bukan akan sambung tidur semula tapi celik seceliknya kang?
Sebelum ni awak punya rutin tidur..pukul 9 hingga ke pagi terus..cuma dua kali bangun nak menyusu..
Sekarang dah bertukar, pukul 8 tidur..pukul 9 ke 10 mesti bangun nak menyusu dan terus tak tidur...
ajak ibu main..lagi ibu buat2 marah suruh tido, lagi la awak tersengih2 ketawa kang?

Semalam semasa NAIN sedang bervideo call dengan ayah, ibu perasan beberapa kali ayah mengesat matanya dan pada masa yang sama ibu dapat dengar suara ayah yang dah serak macam orang sedang menangis. Ayah NAIN menangis ke?
Kenapa ayah nangis?
Ibu tahu..
Ayah pasti sedih sebab dah lama tak jumpa NAIN.
Ayah mesti sedih sebab tak dapat tengok NAIN setiap hari.
Ayah mesti merasa terkilan kerana tak dapat melihat perkembangan NAIN setiap hari, tak dapat tengok kali pertama NAIN tersenyum, tak dapat tengok kali pertama NAIN meniarap, tak dapat menjadi orang pertama yang mendengar suara NAIN bercakap dan ketawa.

Pasti ayah merasa amat kerugian kerana tidak dapat menikmati saat indah yang NAIN cipta
Jika ibu ditempat ayah pun, Ibu pasti akan merasa lebih sedih..
Tapi ibu tahu ayah lebih kuat daripada ibu..
Sebab kekuatan itu yang ayah tunjukkan pada ibu..
cuma dalam kekuatan ayah tetap ada jiwa yang halus...
tewas kerana kasih pada anak..

NAIN kena tahu..
Setiap hari bila ayah call ibu, perkara pertama yang ditanya adalah NAIN,
NAIN macamana?sihat tak?okey  tak?dah nyusu belum?
Ayah sentiasa cakap pada ibu yang dia rindukan NAIN..
Selalu kirimkan peluk cium ayah untuk NAIN..
Kadang-kadang ayah tak endah hal2  yang ibu cakap, ayah mesti letakkan perkara2 yang berkaitan NAIN pada tempat pertama.

Nain harus yakin dan percaya,
Bahawa kasih sayang ibu dan ayah tidak ada bezanya..
Bagaimana ibu sayangkan NAIN, begitu jugalah ayah sayangkan NAIN..
Mungkin cara ibu dan ayah melayan NAIN berbeza..
Apa saja yang ibu dan ayah lakukan adalah untuk mendapatkan yang terbaik buat NAIN dunia dan akhirat..



Monday, October 7, 2013

Wishlist

Just want to share my wishlist with you my sons a.k.a NAIN,

Antaranya ialah:-

1. MASAK UNTUK AYAH,even ibu ni tak pandai masak tapi setakat masak untuk kenyangkan ayah tu bolehlah. Dah lama Ibu tak masak untuk ayah sejak ibu memgandungkan NAIN 7 bulan sampai sekarang..hurm...kesian ayah kan?Bukan ibu tak nak masak tapi tak berpeluang..kalau balik rumah nani memang ibu takkan masaklah...mana boleh nak challenge nani masak.kikikiki

2.MEMBASUH BAJU KOTOR AYAH,dulu sebelum NAIN ada, setiap minggu ibu akan basuh, sidai n lipat baju2 ayah..Sekarang?Hanya basuh uniform kerja ayah je la..tu pun dua minggu sekali..Kenapa?sebab dah jumpa ayah dua minggu sekali je...

3.MENGEMAS RUMAH, rindu nak kemas rumah sendiri..ntahbila lagi dapat kemas rumah sendiri..hurm

4.MEMBELI PERABOT, sejak kahwin ngan ayah..dalam rumah tu hanya ada barang2 asas yang penting saja..Peti, washing machine, meja makan, set katil and almari baju and meja solek, meja kopi, rak tv and sofa.SOFA untuk dua orang duduk..dah setahun kot...ibu teringin nak beli SOFA, MEJA HIASAN TEPI DAN BANYAK LAGI..

5.Impian ibu yang paling NYATA dan JELAS ialah nak tinggal sebumbung dengan ayah, membentuk sebuah keluarga yang sempura- Ada Ibu, ada Ayah dan NAIN-..Bila? Ibu tak ada jawapan untuk itu, begitu juga ayah..Kami hanya merancang yang menetukan semuanya adalah Allah s.w.t..Doa dan usha menjadi harapan kami.Yakin dan Percaya Allah telah tetapka semua dan jika DIA mahu sesuatu terjadi, Maka terjadilah ia...
Jika ibu dapat capai impian ini, MAKA dengan jelas dan nyata semua hasrat di atas akan dapat ditangani..
hi hi hi

























Tuesday, October 1, 2013

bagaimana?

NAIN...

dah lama ibu tak update kat sini kang..ibu bizi la sayang.,.sian NAIN MESTI tungu ibu update kang..NAIN mesti nak dengar cerita dari ibu kang?

Hari ni ibu just nak share pengamatan dan pengiktirafan opismate ibu iaitu uncle Amir terhadap ibu.
Pengamatan apa agaknya ye NAIN?

UNCLE AMIR cakap pada ibu..die respect pada ibu kerana dapat mengharungi kehidupan berdua dengan NAIN di sini. Kenapa?mengapa?

Bagaimana ibu boleh uruskan NAIN tanpa ayah..bagaimana ibu melayan ragam NAIN..bagaimana ibu menghantar NAIN pada mama pagi2 hari, bagaimana ibu mengambil NAIN selepas waktu kerja, bagaimana ibu keluar opis on time, bagaimana ibu berjalan dengan langkah yang laju untuk cepat sampai ke monorel, lrt dan bas, bagaimana ibu menguruskan keperluan NAIN dan ibu..bagimana ibu mengemas, membasuh dan melakukan segalanya sepanjang NAIN ada disisi ibu..

Terlalu banyak bagaimana kang? Semasa NAIN di dalam perut ibu..ibu pernah cakap pada ayah, ibu tak mampu lakukan semua tu seorang diri.
PENAT?IBU rasa semua perempuan yang bergelar ibu, mama, mak atau umi pasti merasa penat tapi yang pasti ibu dan mereka tak sesekali akan merungut dengan kepenatan tersebut.Malah merasa gembira dan bangga mengharugi kepenatan menjaga anak2..

Bagaimana ibu boleh lakukan?Selepas NAIN lahir..NAIN adalah segalanya..tiada istilah tak boleh bagi ibu demi NAIN..IBU lebih rela penat, tidak cukup tidur, kelaparan, kehausan daripada ibu tak dapat jaga NAIN dan tengok NAIN SEPANJANG MASA.

Bagaimana kekuatan itu datang?
Ibu percaya, ALLAH s.w.t telah tiupkan semangat yang tak berbelah bagi dalam diri ibu,
DIA JUGA telah berikan ibu kekuatan, kepercyaan dan keyakinan untuk menghadapi semuanya.
DAN ibu bersyukur kerana Allah telah kurniakan ibu anak iaitu NAIN yang tidak banyak ragam.
WALAUPUN NAIN masih bayi tapi NAIN SEOLAH mengerti keadaan ibu.

NAIN kena ingat..pengorbanan seorang ibu terhadap anak takkan dapt dibalas dengan nilai ringgit..
Pengorbanan ayah mencari rezeki untuk melengkapkan kehidupan NAIN juga jangan diabaikan..
Percayalah ayah berada jauh dengan NAIN DAN IBU kerana tuntutan kerja..mencari rezeki untuk masa depan NAIN DAN keluarga kita..

IBU DAN AYAH tak mengharapkan balasan wang ringgit daripada NAIN suatu hari nanti...
Kerana kami percaya NAIN adalah amanah terhebat daripada ALLAH..
CUMA KAMI harap NAiN tidak akan pernah lupakan kami, IBU DAN AYAH NAIN.