F

Thursday, December 8, 2011

KAMI


Jika dia susah,
aku merasainya..
jika dia duka..
aku tidak senang utk senyum..

wlu dia tidak sekali berkata..
jauh sekali merungut..
hanya berdiam..
redha dan menerima seadanya..

tapi,,
aku mengerti..
dia terlalu sabar
menerima segalanya
dengan penuh pasrah..

dia hanya akan bersuara
"Janji Allah itu benar..
tiada siapa boleh meyangkalnya..
sabarlah wahai cintaku..
sabar itu kan indah.."

membuat aku
rasa kagum..
pada pendirian dia..

YA ALLAH, sesungguhnya aku percaya bahawa ujian & dugaan yang sedang KAU berikan pada kami adalah untuk menguji kesabaran dan keimanan kami...dan aku percaya sudah pasti akan ada hikmah disebaliknya. YA ALLAH, aku mohon agar kekuatan akan terus menjadi pedoman kami untuk menghadapi segalanya & aku memohon berkatilah kehidupan KAMI

Friday, December 2, 2011

ads nuffnang

saya tak pandai macam na nak ads nuffnang tu..ada sesapa leh tolong saya?

My Fiancee

tetiba rindu pulak kat My tUnang,,walhal baru beberapa hari bertemu muka..
balik kerja sempat jugak feeling & senyum sorang2..
apa punya jiwang aku tak tahulah...
what to do?...layan jela jiwang sorang2 sampai terlelap..
hujan, sejuk, penat menunggu membuatkan aku terlelap jugak dalam RapiKL penuh indah tu..

My Tunang & Me..
No words cant describe how much i love u...
walaupun masa telah banyak mengubah cara dan keadaan kita..
tiada lagi pertemuan yang sentiasa..
tiada lagi melangkah ke masjid jamek bersama
tiada lagi dinner bersama..
tiada lagi istilah 'gayut'
semuanya hanya tinggal kenangan
kerana batas waktu yang menuntut..
kerana tuntutan kehidupan yang akan membawa kita kepada satu kepastian bahagia..
kita akur dengan semua itu..
kerana kita tahu..
kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu..
sesuatu yang akan membahagiakan kita bersama..

kiranya ...
sudah tertulis jodoh kita...
akan aku sentiasa bersama mu
dalam apa jua keadaan..
tika gembira, tika duka...
kerana satu perasaan cinta ini..
akan menampung segala rasa..

ketahuilah..
bahawa aku percaya...
antara kita..
pasti ada kesudahan bahagia...


p/s: Mood Jiwang.hahahhah

Saturday, November 26, 2011

Pagi hening

terpikir-pikir hendak memberi apa buat tunang saya semperna hari lahirnya tidak lama lagi..
sakit mata memandang setiap sudut baju, seluar dan semua yang ada dijual, tapi satu pun tidak berkenan di hati..
kusut memikirkan...dengan tahap kewangan yang agak meruncing aku kira untuk bulan ini...
aku tidak boleh memberi sesuatu yang bernilai berasaskan wang ringgit..cukup ku kira memberi sesuatu yang bernilai berdasarkan nilai keikhlasan dan ingatan..itu maybe lebih nilai daripada segalanya kan?


indah mimpi
menganggu tidur ku..
bangun aku di pagi yang hening
sujud bermunajat..
mengharap indah pagi
akan kekal dalam hari2 akan datang

mengharap indah mimpi
jadi realiti
yang jawapnya tidak aku punyai
hanya bayangan dan harap
membawa senyuman pamer gembira

aku kira.
aku bisa peroleh
keindahan yang sama
seperti mana mimpi dalam lena ku
mulai dengan niat yang hakiki
dan kasih yang kudus
tanpa curiga..


p/s: Selamat pagi...semoga hari ini adalah lebih baik dari hari2 sebelumnya. INsyaallah.

Friday, November 25, 2011

layu..kuyu tapi harum tetap mewangi

sebab aku dah tension sangat duk kat opis tu..awal2 lagik aku dah amik half day. so hari ni aku keje sampai kul 12.30tengahari jela...aku pergi penatkan kaki ke Masjid Jamek..faberet tempat sejak aku kenal & hidup di kota metropolitan ni. bukan beli pape pun..just jenjalan cuci mata & tambahkan lagi penat badan, kaki dan semuanya..yang penting kotak pikiran aku kosong dan tak pikir paper terutamanya OPIS!.
disebabkan melalui lorong untuk ke lrt pudu, aku telah diekori oleh sorang negro yang memang tahap negro lah...sekuat usaha melarikan diri.fuh..selamat



layu sudah
pepohon cempaka...
tidak ada lagi kuntuman yang mengharum..
kusam sudah taman hiasan.

kuyu sudah mata hati...
menutup segala keinginan..
menangkis semua harapan..
menipu secuit bicara..

cempaka kembali berbunga..
menguntum seiring kembangan..
menerobos sealir wangian..
dalam jendela menuju batin

hati tidak pernah bermata..
kerna itu sentiasa tersilap sangkaan..
tapi.
jelas kian terpancar..
hati punya rasa
sentiasa melalui lorong2 jiwa yang satu.

p/s; apa yang aku merepek ni..:P



Thursday, November 24, 2011

Sebuah harapan secebis doa

terkelu cuma dalam hati..
tiada terluah walau seluak rasa..
yang terjerit hanya dalam batin..
siapa mengerti, siapa peduli..

bila kata berombak di dada..
bila kesal berbusut di hati..
terkilan kian menyempit rasa
siapa nampak,siapa pandang..

sungguh sakit..
tiada linangan di mata
sungguh pedih..
tidak juga kuucap tangis
sungguh sebak..
tiada sekali mengharap simpati..

pada DIA ku harap belas..
Hanya DIA kutitipkan kata..
kerna aku yakin..
DIA sentiasa tahu dan mengerti..

Dan
Kerana aku percaya
DIA akan sentiasa mendengar dan terus mendengar
kerana aku percaya juga..
Apa yang DIA beri hari ini
adalah untuk kesejahteraan esok..

YA ALLAH..
HAnya kepada Mu aku serahkan segalanya
berilah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya ini..
Amin..

Friday, November 18, 2011

cepat betul masa berjalan hari ni.sedar tak sedar dah pun lunch hour. seperti biasa aku hanya berehat kat opis..nak keluar memang malas giler..apatah lagi nak makan waktu tengahari sebegini memang tidaklah jawapnye..nak kata diet tak juge...coz dah bekfast berat pada sebelah paginya so...kurangkan makan waktu tengahari ni..


makin ku kejar..
makin terkejar-kejar...
mencari sedetik yang berharga..
sudahnya, aku hanya tergapai angin..

makin ku toleh..
makin ku kelam..
tergapai-gapai dalam tenggelam...
hanya sudah tercungap ditepian..

makin ku cari..
makin terlari-lari..
tersungkur lumrah pasti..
merangkak,.. berjalan dan berlari
sudahnya aku tak pasti...

kerana masa
tidak pernah berjanji
untuk menanti dan kembali..
ia datang dan pergi bersama..
udara dan angin yang ku hela........

Thursday, November 17, 2011

Rindu

jika aku adalah doraemon,
akan aku simpan dirinya di dalam poket,
dekat pada hatiku...
terkias senyuman pada tiap nadiku bernafas..

jika aku adalah merpati,
akan aku terbang hinggap pada dahan rindu,
melayar sayap pada heningan mata,
mencengkam sebentuk hati miliknya

kerana rindu,,
aku ingin menjadi segalanya
supaya aku bisa berubah mengikut kehendak hati...

Saturday, November 12, 2011

Our Engagement- 02 July 2011

Macam tak percaya, pejam celik pejam celik dah hampir tiga tahun perhubungan kami,..kata sepakat telah dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan ni dengan ikatan pertunangan. bersama restu daripada kedua belah keluarga, maka 02 July 2011 menjadi tarikh indah kami untuk melangsungkan majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.
Tema pertunangan yang aku pilih adalah maroon gold,
penat seharian mencari baju ready made di sekitar Masjed Jamek...akhirnya jumpa jugak disaat akhir. Untuk gubahan hantaran pulak, aku serahkan bulat2 kepada kakak ipar..tema kaler tetap pilihan aku sendiri..dan ini adalah hasilnya:-

Hantaran Pihak Perempuan untuk lelaki
Sejadah & Kain pelikat

sireh jUnjung



towel


Gula-gula choclair

Polo Set

Sampin


Buah-buahan


kEmeja


homemade Coklat-tempah khas dari internet..huhulupa dah kat sapa

Kain Untuk Nikah

Ni Pulak Hantaran Pihak Lelaki untuk Perempuan:-


Cincin Merisik & pertunangan




Sebahagian draipada rombongan dari pihak lelaki..
credit to Muci Mursidah for this pic.




SEKitar sebelum & Semasa Majlis:-









Saturday, February 26, 2011

Dont Lie

pagi-pagi lagik dah buatkan aku geram..spoil mood je nak g PutRajaya..memang muncungla sepanjang perjalanan nanti..geram...
nak je aku jerit sampai satu KL ni bergegar..
nak pergi awal-awal, alih2 lambat jugak..
geramnyer......................!!!!!!!

Friday, February 25, 2011

Aku ingin menjadi.........

Tiap kali nak mula menulis mesti otak aku rasa macam beku jer..adakah kerana sekarang aku sudah sibuk bekerja? walhal kerja aku bukan banyak sangat pun....Mybe sebab kepenatan setelah balik bekerja..tak sangka akhirnya aku tersadai jugak di Kota Metropolitan ( ayat novel)..hahhaha sikit pun tak pernah terlintas dalam hati nak menetap di KL ni....apa boleh buat,,memang dah rezeki aku kat sini. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dengan rezeki ini...
semoga rezeki ini akan terus berkekalan dengan izin Allah s.w.t.. Hanya Tuhan yang tau apa yang terbaik untuk hambaNya..
berbalik kepada kebekuan otak aku tadi..aku nak menulis..aku nak menghasilkan karya..
cairkan otak aku supaya aku dpat menjana idea yang bernas untuk mengarang..
help Me!help me!


aku ingin menjadi mimpi indah
Aku ingin menjadi sesuatu yang berharga..
Karena, langkah tiada erti tanpa keindahan
Oh karena kutelah letih ...

Aku ingin menjadi sesuatu yang indah
Aku ingin semua tahu bahawa aku
tidak terantai dengan angan-angan
kuntumcempaka :P

Sunday, January 23, 2011

kenangan realiti dan impian

azam baru impian baru..
hopelly..semua yang diimpikan akan dapat dicapai pada tahun ini..
semoga Allah swt akan memudahkan segala urusan dan keinginan..
semoga Allah swt akan merestui dan membuka jalan supaya segala kehendak dan impian dapat di capai..
usaha!..usaha!..usaha tetap utama...kalau tak macamana nak dapat apa yang di ingini?
Tahun ni mesti kene lagi kuat..bekerja kuat dan kuat!