F

Thursday, November 24, 2011

Sebuah harapan secebis doa

terkelu cuma dalam hati..
tiada terluah walau seluak rasa..
yang terjerit hanya dalam batin..
siapa mengerti, siapa peduli..

bila kata berombak di dada..
bila kesal berbusut di hati..
terkilan kian menyempit rasa
siapa nampak,siapa pandang..

sungguh sakit..
tiada linangan di mata
sungguh pedih..
tidak juga kuucap tangis
sungguh sebak..
tiada sekali mengharap simpati..

pada DIA ku harap belas..
Hanya DIA kutitipkan kata..
kerna aku yakin..
DIA sentiasa tahu dan mengerti..

Dan
Kerana aku percaya
DIA akan sentiasa mendengar dan terus mendengar
kerana aku percaya juga..
Apa yang DIA beri hari ini
adalah untuk kesejahteraan esok..

YA ALLAH..
HAnya kepada Mu aku serahkan segalanya
berilah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya ini..
Amin..

No comments:

Post a Comment