F

Wednesday, September 25, 2013

cabaran keibuan...

NAIN OH NAIN..2 3 hari kebelakangan ni ibu hadapi cabaran nak tidokan awak malam2..kemain susah lai NAIN nain nak tido..even mata dah layu pun NAIN gigih lagi ketawa dan senyum...
WAH...sekarang NAIN dah pandai berbual dengan ibu..mulut tak bereni2 bercakap,,walaupun ibu tak faham apa NAIN cakap, ibu pahamkqn jela..
Anak bambam ibu pun dah pandai menjerit2...bila ibu tak layan die berbual..bila dengar suara ayah tru phone..pandai pulak NAIN DIAM sambil mata melilau mencari suara ayah..Mesti NAIN pelik kan?ade suara tapi takde orangnya..
NAIN DAH pandai marah ibu ye bila ibu ckp ngan ayah sebab tak layan die...
Pandai betul anak ibu ni kang...

Ok, berbalik kepada cabaran ibu nak tido kan NAIN..

Ibu tak tahu kenapa NAIN susah sgt nak tido sekarang ..kalau tido pun mesti kejap je..then terjaga..tidur tak lena..asyik resah gelisah je..
NI semua berpunca dari biji2 merah yang ada kat belakang Nain ke? Biji2 tu warna merah dan macam ada air bisa gitu..Apakah sebenarnya tu?Bila ibu cek suhu bdan Ok n tqk demam..

ISNIN DAH BAWAK NAIN G KLINIIK UTK INJECTION TAPI DOKTOR KIV DULU COZ BINTIK2 MERAH NAIN TU...doktor suruh tunggu sampai Jumaat..if makin merebak, mungkin campak atau
Chicken pox..

HARI NI ibu cek bawah leher NAIN DAH ada beberapa biji..kat belakang tu masih lagi ada tapi dah nampak kering, maybe ubat sapu yg doktor bagi tu buat ia jadi kering..

NAIN..please jangan demam..jangan kena campak atau chicken pox..Pls..Pls..
IBU rasa tu ruam peluh je kot..badan NAIN kang senang berpeluh...
Ibu mengharap....sangat mengharap.,amin...

Ade sapa2 pernah mengalami anak kene campak atau chicken pox tak?
Boleh share tanda2 dan cara mengatasinya...?

Monday, September 23, 2013

Ibu dan Ayah NAIN..

NAIN...anak montel ayah dan anak bambam ibu...meh baca cerita ibu hari ni ye!
Pagi ni bila log in Facebook..
Ibu tengok ada message notification from ayah..wah, excited sebab bukan senang ayah nak mesej ibu.ha ha ha
sikit suprise jugakla ibu and teruja!..

Bila baca je mesej ayah NAIN, ibu rasa terharu sangat dan dengan mudahnya air mata ni mengalir..
bertakung je kat mata..hi hi hi..ternyata ibu masih tidak kuat dan masih dibawah kategori 'gembeng'..
Itu adalah gelaran Ayah NAIN untuk ibu.. hu hu hu

Ayah mesej ibu mungkin pasal isu rumah sewa yang tak dapat2 agi..sampai sekarang dan semalam memang ibu ada rasa geram sikit kat Ayah NAIN..hurm..mungkin jugak ayah NAIN kecik hati ngan ibu..
Ya Allah..ampunkan isterimu ni wahai ayah NAIN..

NAIN tau tak apa yang ayah tulis untuk ibu?
" terus terang abg kate....
abg dah tak thn dok sorang2 agi...
abg nak kite dok same...
abg nak tgk isteri ngan anak abg depan mata...
abg tak tau la sampai bile mcm ni...
abg dah rase kan yg tekanan jiwa kat diri abg ni...
percaya la..
cume abg thn je..
tp....
semakin abg thn....semakin berair kat mata abg ni...
baru abg tahu....yg abg ni dah hampir tak thn...
abg sunyi..
takde kawan...
takde teman...
love u cinta"

Saturday, September 21, 2013

mood swing2

Dalam duk tahan tahan ngantuk, akhirnya NAIN menyerah kalah jugak..hi hi hi
Sekarang dah pandai tak nak tido, nak ajak ibu main je...kalau ibu tak layan mula la mulut NAIN pot pet pot pet..ntah cakap apa ibu pun tak tahu...tapi ibu layankan jela...
Kesian anak ibu cakap sorang2....

Sudahnya ibu yang tak boleh tido..mula la pikiran ibu ni melayang teringat kat ayah.hurm....
Mata kana pulak sakit campur gatal...isk..jn kene sakit mata sudah. Keje kat opis byk belum settle...naik fedup dah nak buat rasanya..

Dah tak boleh tido, ibu belek2 la gambar lama...kenangan masa kenal ngan ayah dulu...
Tak sangka kan jodoh ibu ngan ayah..Alhamdullilah....

Rasa mcm nk balik pada zaman jiwang2 dulu je.huhuhu..
Ayah kan rock..tapi dalam rock2 tu...jiwa penuh ngn tmN bung. Hi hi hi hi
Jangan marah ye ayah NAIN.,,


Masa NAIN tido tadi ayah pesan suruh kiss NAIN bg pihaknya...
Sian ayah rindu NAIN..minggu depan NAIN leh jumpa ayah tau!..
Ibu pun rindu nak jumpa ayah.hurm....


Friday, September 20, 2013

sweet 28!

Owh...NAIN,

Today is ibu birthday!..
Ibu  thought ayah forgot about my day, really not!
Ayah tak lupa tapi saja2 buat lupa.thank you abg!love u so much..
Love you too NAIN..really love both of you..

NAIN agak boleh tak ibu request package percutian pada hujung tahun ni as  my birthday present?
Agak2 ayah NAIN akan luluskan tak? hi hi hi..

Tiada apa yang dapat ibu katakan selain ingin mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Allah s.w.t kerana memberi kesempatan kepada ibu untuk bernafas sehingga hari ni..dan semoga Allah akan memberi ibu peluang untuk terus melihat NAIN membesar... amin..

Kepada sesiapa yang dah wish kat facebook.. terima kasih banyak2..semoga kalian semua juga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan di lindungi Allah s.w.t selalu...



Tuesday, September 17, 2013

Setahun bersama

16 September 2013

NAIN..

Kalau NAIN nak tahu..hari ni adalah hari ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yang pertama..dan setahun jugaklah ibu dan ayah berjauhan walaupun sudah bergelar suami isteri..
Kami telah diijab kabulkan pada jam 10pagi pada tarikh tersebut..
Untuk pengetahuan NAIN juga..
Ibu dan ayah mula berkenalan pada penghujung tahun 2008..
Selepas 4 tahun berkawan, kami mengikat tali pertunangan pada 2 july 2012 dan setahun selepas itu berkahwin..

Jom layan gambar kahwin ibu dan ayah..







Banyak perkara yanng telah kami harungi sepanjang kenal sehingga la berkahwin.. Ibu bersyukur kerana ditemukan dengan ayah kerana ayah seorang lelaki baik dan bertanggungjawab. Antara sebab kenapa IBU SUKA AYAH ialah :-

1. Ayah seorang yang kelakar dalam versinya tersendiri..
2. Hanya Ayah yang boleh buat ibu ketawa dan menangis..ibu boleh ketawa dan menangis kerananya
3. Ayah seorang yang sangat memahami bagimana perwatakan , perangai dan perasaan ibu.
4.Kerana ibu tahu ayah sayangkan ibu...he he he ..betul tak?cuba tanya ayah.
5. Ayah selalu memuji ibu 'cantik'.! Cantik pada matanya la kot. hi hi hi

Kenapa Ayah pilih ibu sebagai isterinya untuk menjadi ibu kepada anak-anak ayah? Yang tu NAIN kena tanya ayah sendiri la..

Setelah setahun berkahwin.ALLAH s.w.t telah kurniakan NAIN sebagai pelengkap kepada kehidupan kami...walaupun kehadiran NAIN cukup awal tapi ibu dan ayah tak pernah menolak malah mensyukuri nikmat yang ALLAH bagi..
Walau kadang2 ibu terasa mampu ke ibu menjadi ibu yang terbaik untuk NAIN, mampu ke ibu mendidik NAIN? Mampu ke ibu untuk melaksanakan tanggungjawab besar untuk membesarkan NAIN dengan kasih sayang, kebendaan, ilmu dan pendidikan dunia dan akhirat?
Inshallah..ibu dan ayah akan berusaha untuk menjadi ibubapa yang bertanggungjawab dan yang terbaik buat NAIN..


NAIN doakan agar keluarga kita akan bersatu untuk selamanya ye!
Jangan lupa sentiasa doakan ibu dan ayah walau dimana dan siapa pun NAIN suatu hari nanti..

Friday, September 13, 2013

M?L?XL.......

5 hari NAIN ngan mama..langsung tak ada masalah..tak meragam, tak menangis..good boy anak ibu...

Hari ni NAIN tidur awal pulak. 8.30 malam dah tidur, macam tau yang ibu penat sangat hari ni.Kat opis kerja tak banyak tapi semua urgent!?.

Oleh kerana NAIN tido awal, ibu ambil kesempatan test kembali memakai baju2 ibu sebelum ibu pregnantkan NAIN..ibu cuba pakai jeans...blaus and beberapa baju kurug..

Oh, Tuhan....tepat sekali ibu sudah 2x ganda membesar...semua dah ketat!
Huh! Ibu rasa baju n jeans tu semua yang mengecil kerana ibu dah lama tak pakai dorang...maybe dorang mengajuk dengan ibu..
Boleh tak kalau ibu nak salahkan baju and seluar tu semua..

Nampak gaya ibu bukan bersaiz M lagi...L juga tidak, barangkali sudah XL..
Owh...ibu tak sanggup untuk melangkah selangkah ke XXL...

Ayah..tolong bawak ibu ke London Weight Management!

Betul ke tu?

Thursday, September 12, 2013

3 month years old

Alhamdullilah, hari ni bersamaan hari Khamis, 12 september 2013 NAIN dan berusia 3bulan..
Bagimana masa itu berjalan terlalu pantas..

Ibu rasa baru je lahirkan NAIN..kesan2 sakit bersalin pun belum hilang sepenuhnya..hi hi hi..
Cuba NAIN tengok wajah NAIN masa berusia 1hari..masa ni kat Hospital..NAIN tengah nangis..tapi NAIN nangis tak kuat..suara NAIN perlahan je..Ayah cakap suara NAIN merdu..
Mcamana tak merdu, baby pompuan yang usia sama dengan NAIN masa tu..suara dorang lagi kuat.
Bila nangis suara nyaring sangatt..he he he 
Ha..kat bawah ni gambar NAIN yang terlatest..usia 3bulan..
Cuba NAIN cakap ngan ibu ada apa yang beza tak? Apa yang ibu nampak muka NAIN dah berubah...setiap hari berubah. Sekarang ramai yang cakap muka NAIN macam ayah..abis tu muka ibu takkan tak ada sikit pun kat NAIN?hurm..kesian ibu kang....

Ibu tak kisah NAIN ikut muka siapa pun...asalkan NAIN membesar dengan baik dan sihat..menjadi anak yang cergas, cerdas dan bijak...DAN yang penting akan menjadi seorang yang soleh...nanti jadi Ustaz tau!
Ibu sayang NAIN ketat2...muahhh!


Wednesday, September 11, 2013

NAIN a.k.a NENEN

Masa ambik NAIN petang tadi, pengasuh a.k.a mama bagitahu Aisyah (budak popuan yg comel, dijaga oleh mama juga) suka ajak NAIN main...

Siap bagi NAIN nama baru...NAIN jadi NENEN. Ki ki ki ki

sekarang NAIN tengah syok tido atas lengan ibu...tak ada buai terpaksala peluk sakan anak ibu sorang ni..kalau tak susahnya nak tidur....

Alhamdullilah 3 hari dah NAIN ibu hantar pada mama..., langsung tak ada masalah, tak nangis, tak meragam..malah tiap kali ibu bawak NAIN letak dalam baby sit tu..NAIN boleh senyum lagi pada ibu pagi2 buta tu kang..

Anak ibu kang baik, tau ibu sorang2 uruskan NAIN kat sini..sebab tu tak banyak ragam...

Mahal ke Murah

Isu Botol susu pulak ye..

Mahal atau murah..which one much better?

First time dengar, kalau guna botol susu/puting murah nanti gigi anak jongang? ki ki ki ki
Kaum2 ibu semua, mari kita semua pergi shopping botol susu/puting yang mahal2 dan branded2 gitu..gerenti anak kita gg takkan jongang. ha ha ha..

Setuju tak?


Tuesday, September 10, 2013

Baby Carrier

Yeay..baby carrier NAIN dah sampai petang semalam..

Tapi kenapa bila ibu test guna NAIN nangis..waaaaa..NAIN tak suka ke duk dalam tu?
Agaknya NAIN tengah badmud..yela bila ibu amik NAIN dari umah mama,NAIN tengah tidur..dan2 sampai umah NAIN bangun terus ibu test masukkan NAIN dalam baby carrier tu..hi hi hi..
Ayah kalau tahu jangan marah ye..NAIN okey2 saja cuma ibu je yang terover excited. he he he..
Ibu suka baby carrier ni sebab fleksibe and adjustable..boleh dilipat menjadi beg seperti di atas..
So, senang nak bawa kemana...
Tapi baby carrier ni tak boleh letakkan NAIN menghadap kehadapan..Ibu ingatkan boleh.hurm..dah tertulis dalam manual book yang BOBA baby carrier tak didesign untuk letak baby menghadap ke hadapan.huh!
Tapi tak apalah..nak buat mcamana..dah beli pun. ki ki ki..

Moga selepas ni senang ibu nak bawak NAIN kemana-mana je..dan moga tak nangis lagi bila duduk dalam tu ye!

Monday, September 9, 2013

Ayah NAIN kuat makan

Dedicate this post to ayah NAIN..

Sabtu, 7.09.2013 ayah and ibu on the way dari Pasir Gudang ke Parit Kasan..
sebelum tu pusing2 tengok kalau2 ada rumah untuk di sewa ada ke tak..
Dalam hati ibu ALLAH je tau..dah tak sabar nak jumpa NAIN..seriusly rasa nak jerit kat ayah..
"Jomlah cepat2 balik kg..dah tak boleh sabar lagi nak jupe NAIN"..

hu hu hu..

ayah dan ibu beli MCDONALD..dalam kereta borak2 sambil makan burger..ayah order dua BIG MAC,,tapi ntah camner tgk2 ada 3 pulak. masa tu dah separuh jalan..
Ibu yang drive tau! sebab ayah dah tak tahan kot tgk ibu makan sorang2 kat sebelah...

Then bila ibu yang drive, ayah ambil giliran makan..
tetiba ayah keluarkan statement ' Sepatutnya awak buat blog husband saya kuat makan'
Owh..


Bukan ibu yang cakap ayah kuat makan ye..tapi ayah yang mengaku! he he he

kehidupan berbeza

NAIN sayang..

Walaupun NAIN dah ada ngan ibu sekarang, ibu tetap rindu NAIN..hati ibu tetap risau macamana NAIN? NAIN tengah buat apa agaknya sekarang?NAIN nangis tak?meragam tak?

Ibu tak ada mood nak buat kerja, mungkin emosi ibu tak tenteram...
Ibu terlalu emosi hari ni kerana ibu dapat tahu ada orang mengata ibu daripada belakang.
Kalau ayah tahu mesti ayah suruh ibu diam dan biarkan jela..tapi ibu ni manusia bukan MALAIKAT..
Ibu manusia yang sentiasa melakukan kesilapan, manusia yang sentiasa kurang sabar,  manusia yang sentiasa hatinya digoda Syaitan.

Walau apapun yang orang kata..biarlah, mereka tidak berada ditempat ibu.Orang berhak untuk mengata apa saja kang? Betul pepatah melayu " Mulut tempayan boleh kita tutup, Mulut manusia?takkan boleh ditutup kecuali dengan kehendak dan Izin Allah s.w.t..

NAIN,
Situasi ayah dan ibu mungkin tak sama dengan orang lain..
Ibu tak pernah minta untuk berjauhan dengan ayah..
Dan ibu tak pernah menyesal dengan kehidupan yang ibu lalui dengan ayah..
mungkin kala ini bukan rezeki ibu lagi untuk tinggal sebumbung dengan ayah..
Ibu percaya suatu hari nanti, kita sekeluarga akan tetap bersama.
Dan ibu percaya ALLAH tetapkan semua ni bersebab..
Ibu tidak pernah lupa untuk berdoa demi keluarga kita..

Ibu sakit hati apabila ada orang pertikaikan kenapa ibu yang kena balik tiap2 minggu jumpa ayah..
YA, memang ibu yang mengalah balik tiap2 minggu jumpa ayah walaupun ibu tengah sarat mengandungkan NAIN masa tu..walaupun ibu penat..
kenapa ibu mengalah?kenapa ayah je tak datang KL jumpa ibu?
percayalah sesuatu yang berlaku mesti bersebab..usah pertikaikan kenapa dan mengapa?
 perlu ke ibu canangkan pada semua kenapa dan mengapa?




First Day

Today, Isnin, 9.9.2013 hari pertama NAIN dihantar ke rumah pengasuh. IBU harap NAIN tak meragam dan okey saja bila duk dengan pengasuh. Dan ibu harap pengasuh@MAMA menjaga NAIN dengan baik.
Betul kata ayah hati mana tak  bergetar, jiwa mana tak goncang..bila nak hantar anak pada orang..bukan sejam..bukan dua jam..bukan 3 jam tapi separuh hari..

Ibu tidak suka syak wasangka pada orang lain..ibu berpikiran positif untuk memujuk hati ibu.Jika tak, ibu tak dapat nak datang kerja..kalau ibu tak kerja macamna ibu nak beli barang2 mainan NAIN? ayah? ye..ayah memang ada dan boleh belikan semua tu untuk NAIN..

At least bila ibu kerja, ibu boleh ringankan beban ayah..ibu boleh beli apa saja yang ibu nak..sebab ibu dah terbiasa jika ibu nak sesuatu ibu lebih suka gunakan duit sendiri. Ibu juga akan pastikan sifat ibu ni akan diwarisi kepada NAIN. Ibu nak NAIN belajar berdikari dan jangan hanya berharap pada orang lain bila dah besar nanti.

Ibu dan ayah akan menjaga segala keperluan dan kehendak(yang menepati piawaian)NAIN..ibu akan pastikan NAIN akan cukup segala keperluan..InshAllah..walaupun ibu dan ayah terpaksa mengharungi segala kesusahan..

Bagi ibu dan ayah, NAIN adalah anugerah terindah yang ALLAH s.w.t kurniakan dan amanah yang akan kami jaga dengan baik sedaya upaya kami.

Saturday, September 7, 2013

cemburu ke

Owh sayang ibu...
Kenapa harus ayah kerja pada pagi sabtu yang indah ni..
Kalau tak mesti ibu dah dapat jumpa NAIN..dapat peluk cium NAIN puas dah..
Apakan daya, terpaksala ibu menunggu dengan sabar..nasib baik ayah kerja sampai tenghari je..huh!

Tengahari nanti ibu n ayah nak pergi tengok rumah sewa dulu kat jalan sekuntum  14..hopely adlah rezeki kita sekeluarga ye..lepas tu baru gerak balik jumpa NAIN..

NAIN tau tak..semalam ayah cakap kat ibu 'awak kalau rindukan NAIN ngaruk lain macam je kan?rindu abang tak ada pun ngaruk sampai macam tu sekali'..he he he
Ibu jawab rindu anak aura dia lain tak terucap..rindukan suami lain boleh control..kalau rindu NAIN memang ibu uncontrol!

Agaknya ayah cemburu ke?

Friday, September 6, 2013

just for you

Hai Sayang ibu..

Minggu ni ibu bawak balik dua barang baru untuk NAIN..

Barang pertama ialah termos yang siap ada beg customade untuk NAIN..siap ada tulis nama NAIN tapi tak dapat tulis nama penuh sebab tak muat..he he he..hopely NAIN suka..senang kalau ibu nak bawak NAIN keluar..dah ada mini termos n botol air yang siap ada beg..so, dah tak perlu nak bawak bakul yang mcm nak pergi pasar tu.hi hi hi..

taraaa..cantik tak? mestilah cantik kan..ibu beli khas untuk NAIN..


Okey, barang yang ke dua ialah..rompers warna MERAH..credit and lot of thank you to untie FARA @MOMMY KEISHA yang gojes selalu..untie Fara macam tau tau je yang ibu cukup suka kaler merah! hopely NAIN muatla pakai baju ni yer.. Ibu dah tak sabar nak pakaikan pada anak ibu yang comel dan bulat tu..muah!




last things is BABY CARRIER..
A good reason why ibu belikan NAIN baby carrier ni coz...ibu pun ada citarasa sendiri untuk anak ibu..
Membazir? i dont think so! Nanti lagi fleksibel kot ibu nak bawak NAIN jalan2..memandangkan ayah belum belikan stroller lagi.hi hi hi hi..Lagi satu ibu agak benda ni boleh tahan air, tahan lasak dan yang penting tahan lama and mampu tampung berat dari 6.8kg sehingga 20kg! Ibu baru je order belum dapat lagik..lagi beberapa hari boleh dapat kot.. ibu memang pilih kaler BIRU sebab yang ada pilihan kaler just biru dan hitam saja..( dua kaler ni je yang paling murah okey!)..ibu riang ria shopping kat FB MUM & BABY SHOPCENTREhttps://www.facebook.com/pages/Mum-baby-shopcentre


pengubat rindu



Nain..ibu rasa masa begitu lambat berjalan..hari ni ibu kemas rumah sorang2.ayah pulak kerja.
Mula la hati dan jiwa ibu teringatkan Nain..

Tadi ayah tanya boleh tak ibu bawak Nain balik minggu depan masa cuti hari satu malaysia..
Ibu nangis..ibu tunggu terlalu lama dah untuk jumpa Nain.ibu tak sanggup lagi nak tunggu lagi satu minggu!Mungkin seminggu tu singkat bagi ayah atau orang lain tapi tidak pada ibu. So, i said No!

Ibu tetap akan bawak Nain ikut ibu hari ahad 8.9.2013 nanti! Ibu dah plan lama dan ibu dah book tarikh tu dengan ayah lama dah...Ibu dah tak boleh bertahan lagi..please faham!



ibu nak upload video Nain yang menjadi pengubat rindu ibu tapi asyik error je. ibu pun tak tahu kenapa dan macamana nak buat sebab ibu bukan pakar sangat pasal PC ni..
hurm..










i cant stand anymore

Please..

I can't wait anymore...i need my son to be with me! .if not, my life is nothing!i cant breath!i cant stand!i cant walk!i cant focus on my work! I'm sick!

Dont let me be crazy...

Thursday, September 5, 2013

kereta pertama saya

Opismate ibu ada bagi present untuk NAIN tau..
ibu pun tak expect dorang bagi kereta yang boleh jadi walker and stroller..
Ibu sangat teruja dan happy dapat hadiah tu..terus terbayang2 bila NAIN naik mesti cute kan?he he he..
Ibu tahu NAIN mesti suka.
A big thanks to untie Fara, Untie Aisyah, Untie Mai, Untie chow, Untie Wendy, Untie sheila, Untie Marina, Sister Tita and Uncle Amir.. i'm really appreciates it!

Ini adalah kereta pertama saya,


Bila NAIN dah boleh duduk nanti ibu letakkan dalam ni tau..bila dah besar ibu bawak NAIN jalan2 kat Taman permainan yer..NAIN sabar ye..sekarang NAIN tak boleh duduk dalam ni lagi sebab NAIN tak tulang NAIN tak kuat lagi..

Jangan lupa ucapkan terima kasih pada untie2 dan uncle tau..
kereta ni boleh diwarisi kepada adik2 NAIN pulak nanti...he he he..

Wednesday, September 4, 2013

pengalaman bersalin part 2

sementara menunggu pukul 2pm.ibu teruskan menulis pengalaman bersalin kan NAIN ye,

10 june 2013
Selepas nanny tau yang ibu dah keluar tanda darah, nanny cepat2 suruh bersiap pergi hospital. Ibu konpius sebab ibu tak rasa sakit langsung tapi sebab ibu takde pengalaman so ibu ikutkan jela apa yang nanny suruh. Nasib baik masa tu ayah masih bercuti, ayah hantar ibu ke hospital Muar jam 11malam. Ayah agak kelam kabut bawak kereta laju-laju walaupun ibu dah cakap belum nak bersalin just keluar tanda..nampak sangat ayah nervous kan?heheheh..

di Hospital, doktor cek jalan baru buka 2cm tapi ibu kena admit wad, kalau ikutkan tak perlu kan sebab setiap 5jam 'jalan' akan buka 1cm jika bersalin sulong. Maybe sebab rumah nanny jauh dari Hospital. Itu yang ibu kena admit. Jam 12am baru ibu dimasukkan ke wad 13, ibu biasa2 je boleh jalan sendiri dan tiada rasa sakit. Dalam hati ibu berdoa agar ibu akan bersalin hari selasa, 11 june 2013 iaitu tarikh jangkaan bersalin ibu.

Menunggu di wad memang membosankan...
ayah pun boleh datang melawat semasa waktu melawat je..jika tak sendirian la ibu..menunggu rasa sakit.
Bila dah masuk tengahari, sakit semakin terasa sehingga ke malam..sakit makin menjadi2..
Bagimana rasa sakit tu sukar ibu nak gambarkan..hanya para2 ibu yang pernah mengalaminya mengetahuinya..

8.30pm sekali lagi doktor cek jalan dan dah terbuka 4cm, ibu terus di hantar ke labour room. Ayah pulak balik mandi dan sebagainya..ibu call ayah supaya terus ke labour room bila sampai ke hospital..
Semasa di dalam labour room, sakit ibu makin menjadi2..sudah tidak tertanggung ibu rasakan..
tak lama ibu tunggu ayah sampai dan bagitahu nenek dari terengganu ada sampai dan sedang menunggu di ruang menunggu.. Ibu mengharapkan anak ibu akan lahir pada bila2 masa sahaja kerana sakit untuk meneran makin kuat..Dan ibu dapat merasakan nenek, aki, nany dan semua percaya yang ibu akan bersalin dalam masa terdekat.

namun bukan rezeki ibu untuk bersalin pada tarikh EDD...6jam lebih ibu bertarung nyawa untuk melahirkan NAIN, akhirnya jam 2.09am NAIN lahir secara vakuum..Ibu hanya sempat tengok NAIN diletakkan di atas perut ibu sekejap dan kemudian nurse terus bawa NAIN keluar..daripada perbualan doktor dan nurse..NAIN di bawa keluar untuk diberikan oksigen kerana NAIN sudah berak sebelum sempat ibu push keluar.heheh..

Ibu tidak putus2 bertanya doktor dan nurse, bgaimana keadaan NAIN.

'Anak saya macamana?dia nangis tak?'

Bila doktor cakap okey dan NAIN dah menangis, ibu lega..

Tapi NAIN tak boleh berada dekat dengan ibu lagi sebab NAIN mesti dipantau dan kena diberi oksigen secukupnya. Sehingga ibu meminta pada doktor untuk tengok anak ibu sekejap..ibu meminta2 sehinggalah doktor bawa NAIN dan letakkan di atas perut ibu..Ibu sangat terharu dan bersyukur kerana anak ibu sempurna segalanya!Masa tu baru ibu tahu NAIN adalah lelaki. Alhamdullilah...tak sampai 15minit, doktor bawa NAIN keluar lagi..dan ibu terpaksa menunggu di labor room sehingga jam 9pagi..

selepas nurse datang bersihkan ibu, ibu dibawa keluar tanpa NAIN..
Sekali lagi ibu bertanya 'Mana anak saya nurse?'
Perasaan ibu lega bila nurse bagitahu yang NAIN diluar sedang diazankan oleh ayah..

Ibu tak dapat menahan perasaan bila ibu keluar dari labour room, ibu nampak nenek dan nanny..ibu nampak ayah dan NAIN..

Ibu sedih sebab ibu ingat..ibu takkan jumpa dorang semua lagi...
Alhamdullilah..ibu diberi kesempatan untuk terus bersama NAIN dan mereka..syukur pada Allah s.w.t.


Selepas 1hari berada di wad, ibu dibenarkan balik..
Ibu berpantang dirumah nanny selama 3minggu ditemani nenek. Nenek tak sampai hati nak balik cepat kerana kesiankan ibu yang tak boleh berjalan..mungkin kesan dari vakuum..wallualam..apapun ibu hanya anggap semua tu dugaan ALLAH..dan sakit tersebut sudah terbalas dengan adanya NAIN...

Sejak itu, baru ibu faham betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..mengadungkan dan melahirkan kita.
Ibu bahagia kerana ibu telah merasai nikmat bersalin...

Mungkin ibu tak pandai untuk bercerita..tapi cukuplah ibu katakan ..pengorbanan seorang ibu melahirkan kita itu terlalu tinggi nilainya..sebagai seorang anak kita seharusnya tidak menderhaka pada mereka walau kita sudah besar, berpendidikan, berharta dan mempunyai segalanya..tapi jika kita tidak ada berkat daripada ibu hidup kita akan pincang..jiwa dan rohani kita akan kosong..

Ibu sentiasa doakan NAIN akan menjadi anak yang soleh...yang akan mendoakan ibu dan ayah bila kami sudah tiada nanti. InshaAllah..

pengalaman bersalin part 1

sayangku NAIN..

disebabkan ada masa terluang, ibu punya kesempatan untuk berkongsi pengalaman semasa ibu lahirkan NAIN. Lebih baik ibu kongsikan sekarang kerana mungkin nanti ibu lupa bagaimana rasa sakitnya melahirkan..

Ibu dah start cuti pada 01 june 2013 kerana expect NAIN akan keluar awal daripada jangkaan. Sepatutnya EDD ibu pada 11 june 2013. Seminggu ibu bercuti di rumah nanny menanti tanda2 melahirkan..Namun apa daya, ibu hanya mampu merancang Tuhan yang akan menentukan segalanya...sepanjang seminggu menunggu langsung tiada tanda untuk melahirkan..walaupun dan sarat tapi ibu kuatkan juga semangat menyapu halaman rumah dan membuat kerja yang melibatkan pergerakan kerana orang kata lagi banyak bergerak lagi cepat melahirkan.

perasaan ibu waktu itu hanya tak sabar..untuk melahirkan kerana ibu dah tak sabar nak tengok anak yang ibu kandung selama 9bulan dalam perut. selama 9 bulan ibu bawak anak ibu kemana saja hatta ke tandas sekalipun. ibu dah tak sabar nak menatap wajah anak ibu yang ibu kandungkan sendirian di Kuala Lumpur.
Bagimana rasa kuat ibu tempuhi sendirian, ibu pun tidak percaya. Ibu sendirian pergi kerja, sendirian pergi klinik..pendek kata semua ibu lakukan sendiri tanpa ayah disisi...walaupun penat ibu tetap gagahkan diri ulangalik every week jumpa ayah..kalau diingatkan ibu sudah serik untuk menghadapinya..tapi ibu tak pernah sesekali merasa menyesal mengandung dan melahirkan NAIN..Ibu rasa bangga kerana melahirkan NAIN..kerana NAIN sudah melengkapkan kehidupan ibu dan ayah..NAIN sudah melengkapkan ibu sebagai seorang wanita..NAIN membuatkan ibu menjadi wanita yang sebenar.



ni antara gambar ibu semasa mengandungkan NAIN..ibu tak suka bergambar sangat masa mengandung..ni pun secara kebetulan and ketika ada mood je..





pada 10 june 2013,Isnin,
pada malam  isnin tersebut, ayah ajak ibu keluar memancing udang di bandar Muar.
ibu berat hati untuk pergi tapi ibu tak mampu menghalang kehendak ayah..ibu sudah bersiap2 nak pergi , tiba2 ayah tidak jadi pergi kerana aki melarang..mungkin aki n nanny risau memndangkan ibu dah sarat waktu tu. ibu dah 39weeks mengandungkan NAIN ketika tu..
pada jam 11malm bila ibu bangun untuk ke tandas, ibu perasan ada darah mengalir..
cepat2 ibu bagitahu ayah..

sayang..dah pukul 8.30pagi,
ibu nak buat kerja..nanti ada masa ibu sambung ye..


Tak tergambar rindunya

Sayangku NAIN,
ibu sampai opis agak awal pagi ni. jadi ibu berkesempatan untuk menulis. Pagi ni ibu drive sebab ibu nak bawak balik present yang officemate ibu bagi. Kalau tak ibu malas nak drive coz nanti masa balik jammednya sama macam ibu naik bus jugak..lambat jugak ibu sampai rumah nanti..huhuhu..
kang lebih baik ibu naik  bus..ibu boleh tido dalam bus.hihihi

semalam selepas solat isyak, ibu terus tidur sebab ibu tak mampu nak tahan merindui NAIN..
ibu terlalu rindukan NAIN..tak terucap oleh kata bagaimana perasaannya apabila merindui seseorang yang bergelar anak. Dalam hati ibu berdoa agar dikuatkan semangat untuk mengharungi kehidupan ibu sementara NAIN masih dikampung. Ibu positifkan hati ibu agar bersabar..hanya tinggal beberapa hari lagi ibu akan jumpa NAIN tapi ibu rasa masa tu terlalu lambat berlalu..seolah-olah sengaja nak permainkan rasa rindu ibu.

Ibu mintak maaf, minggu ni ibu akan lewat balik jumpa NAIN. Ibu apply leave hari 'Jumaat' tapi ibu terpaksa balik Pasir Gudang dulu sebab ibu nak kemas barang2 rumah. Sekarang ayah sibuk cari rumah sewa baru coz tuan rumah yang ayah duduk sekarang nak balik rumah die. Kita terpaksa pindah..tapi sampai sekarang ayah belum dapat rumah lagi..sama-samalah kita doakan agar ALLAH S.W.T memberi kita sekeluarga rezeki untuk dapat rumah sewa lain. Hari sabtu lepas ayah balik kerja baru ibu balik kampung jumpa NAIN tau..then, ahad NAIN ikut ibu balik KL.

Lepas tu ibu dah tak susah hati sebab NAIN dah ada depan mata ibu. Susah macamana sekalipun, ibu akan tetap harungi asalkan NAIN ada dengan ibu, selagi NAIN tak ada depan mata ibu, selagi itulah hati ibu tak pernah senang. Sudah hampir sebulan NAIN duk kat kampung, kehidupan ibu tak pernah fokus sejak tu..
Kerja opis ibu berlambak2 menimbun. Ibu rasa ibu agak lembap untuk buat kerja..jasad dan badan di sini sayang..tapi hati dan perasaan ibu ada pada NAIN.

Syukurlah..Tuhan mendengar rintihan ibu..ibu tak mampu sendirian tanpa NAIN. Tuhan permudahkan jalan buat ibu untuk dapatkan pengasuh,.Tuhan lembutkan hati ayahngah untuk benarkan NAIN tinggal dengan ibu dirumahnya. Semua percaturan itu telah diatur olehNYA..Alhamdullilah..

Walau apa pun kesukaran yang terpaksa ibu harungi. InshaAllah ibu akan berjuang demi anak ibu yang ibu kasihi..

Demi Allah..cinta dan kasih ibu tak kan pernah padam buat NAIN.

Tuesday, September 3, 2013

puasa tak jadi

Hari ni ibu dah alarm jam kul 5am..ibu nak sahur, nak puasa..sambil berlatih bangun awal bila NAIN dah ada ngan ibu nanti.. tapi apakan daya..terlajak jugak ibu tidur sampai pukul 6..huhuh.. sudahnya sampai kat opis pening2 n muntah2 sebab perut masuk angin..mybe sebab petang semalam ibu tak makan nasi.. jadi ibu tak jadi puasa..hurm, dugaan nak mengganti puasa semasa bulan2 biasa ni teramat tinggi dugaannya. ibu kena ganti puasa 30hari kerana masa bulan puasa lepas ibu dalam pantang melahirkan NAIN.. nanti next post ibu kongsikan pengalaman ibu melahirkan NAIN.. Ibu harap bila NAiN tahu macamana peritnya sakit seorang ibu melahirkan,,NAIN akan lebih menghormati kaum wanita, especially ibu NAIN. Syurga NAIN dibawah telapak kaki ibu.. NAIN mesti hormat pada ibu, dengar cakap ibu, tak melawan ibu, tak sakitkan hati ibu... bukan ibu sahaja..PADA AYAH yang berpenat lelah mencari rezeki untuk kita berdua, NAIN mesti berbuat baik pada semua orang..pada nany, aki, nenek, toki, makngah,pakngah, paklang,pakcu,mokti,pok ebi, pok pi, pok yol, cikma, mokya..dan semua orang yang NAIN kenal tau..

Picture Raya 2013




sayang ibu NAIN, ni gambar raya kita sekeluarga. Masa ni NAIN baru berusia 1bulan 56 hari. ibu excited pakaikan NAIN baju melayu sedondon. Ibu tahu NAIN rimas kan pakai baju tu..tapi ibu suka kalau anak ibu kemas dan smart.hihii kesian NAIN, nak tidur pun tak selesa kang, ibu bawak ke sana ke sini.. NAIN punya duit raya semua berjumlah RM400.. ibu dah create 2 akaun untuk NAIN, satu akaun bank agro sebab ibu nak tabung lady bug tu.hihi satu lagi akaun SSPN..semua tu untuk masa depan NAIN.. ibu harap NAIN akan membesar dengan sihat..akan menjadi anak yang taat pada agama, ibu bapa dan bangsa.. itu doa ibu buat NAIN.