F

Wednesday, September 4, 2013

pengalaman bersalin part 1

sayangku NAIN..

disebabkan ada masa terluang, ibu punya kesempatan untuk berkongsi pengalaman semasa ibu lahirkan NAIN. Lebih baik ibu kongsikan sekarang kerana mungkin nanti ibu lupa bagaimana rasa sakitnya melahirkan..

Ibu dah start cuti pada 01 june 2013 kerana expect NAIN akan keluar awal daripada jangkaan. Sepatutnya EDD ibu pada 11 june 2013. Seminggu ibu bercuti di rumah nanny menanti tanda2 melahirkan..Namun apa daya, ibu hanya mampu merancang Tuhan yang akan menentukan segalanya...sepanjang seminggu menunggu langsung tiada tanda untuk melahirkan..walaupun dan sarat tapi ibu kuatkan juga semangat menyapu halaman rumah dan membuat kerja yang melibatkan pergerakan kerana orang kata lagi banyak bergerak lagi cepat melahirkan.

perasaan ibu waktu itu hanya tak sabar..untuk melahirkan kerana ibu dah tak sabar nak tengok anak yang ibu kandung selama 9bulan dalam perut. selama 9 bulan ibu bawak anak ibu kemana saja hatta ke tandas sekalipun. ibu dah tak sabar nak menatap wajah anak ibu yang ibu kandungkan sendirian di Kuala Lumpur.
Bagimana rasa kuat ibu tempuhi sendirian, ibu pun tidak percaya. Ibu sendirian pergi kerja, sendirian pergi klinik..pendek kata semua ibu lakukan sendiri tanpa ayah disisi...walaupun penat ibu tetap gagahkan diri ulangalik every week jumpa ayah..kalau diingatkan ibu sudah serik untuk menghadapinya..tapi ibu tak pernah sesekali merasa menyesal mengandung dan melahirkan NAIN..Ibu rasa bangga kerana melahirkan NAIN..kerana NAIN sudah melengkapkan kehidupan ibu dan ayah..NAIN sudah melengkapkan ibu sebagai seorang wanita..NAIN membuatkan ibu menjadi wanita yang sebenar.



ni antara gambar ibu semasa mengandungkan NAIN..ibu tak suka bergambar sangat masa mengandung..ni pun secara kebetulan and ketika ada mood je..





pada 10 june 2013,Isnin,
pada malam  isnin tersebut, ayah ajak ibu keluar memancing udang di bandar Muar.
ibu berat hati untuk pergi tapi ibu tak mampu menghalang kehendak ayah..ibu sudah bersiap2 nak pergi , tiba2 ayah tidak jadi pergi kerana aki melarang..mungkin aki n nanny risau memndangkan ibu dah sarat waktu tu. ibu dah 39weeks mengandungkan NAIN ketika tu..
pada jam 11malm bila ibu bangun untuk ke tandas, ibu perasan ada darah mengalir..
cepat2 ibu bagitahu ayah..

sayang..dah pukul 8.30pagi,
ibu nak buat kerja..nanti ada masa ibu sambung ye..


No comments:

Post a Comment