F

Monday, September 9, 2013

kehidupan berbeza

NAIN sayang..

Walaupun NAIN dah ada ngan ibu sekarang, ibu tetap rindu NAIN..hati ibu tetap risau macamana NAIN? NAIN tengah buat apa agaknya sekarang?NAIN nangis tak?meragam tak?

Ibu tak ada mood nak buat kerja, mungkin emosi ibu tak tenteram...
Ibu terlalu emosi hari ni kerana ibu dapat tahu ada orang mengata ibu daripada belakang.
Kalau ayah tahu mesti ayah suruh ibu diam dan biarkan jela..tapi ibu ni manusia bukan MALAIKAT..
Ibu manusia yang sentiasa melakukan kesilapan, manusia yang sentiasa kurang sabar,  manusia yang sentiasa hatinya digoda Syaitan.

Walau apapun yang orang kata..biarlah, mereka tidak berada ditempat ibu.Orang berhak untuk mengata apa saja kang? Betul pepatah melayu " Mulut tempayan boleh kita tutup, Mulut manusia?takkan boleh ditutup kecuali dengan kehendak dan Izin Allah s.w.t..

NAIN,
Situasi ayah dan ibu mungkin tak sama dengan orang lain..
Ibu tak pernah minta untuk berjauhan dengan ayah..
Dan ibu tak pernah menyesal dengan kehidupan yang ibu lalui dengan ayah..
mungkin kala ini bukan rezeki ibu lagi untuk tinggal sebumbung dengan ayah..
Ibu percaya suatu hari nanti, kita sekeluarga akan tetap bersama.
Dan ibu percaya ALLAH tetapkan semua ni bersebab..
Ibu tidak pernah lupa untuk berdoa demi keluarga kita..

Ibu sakit hati apabila ada orang pertikaikan kenapa ibu yang kena balik tiap2 minggu jumpa ayah..
YA, memang ibu yang mengalah balik tiap2 minggu jumpa ayah walaupun ibu tengah sarat mengandungkan NAIN masa tu..walaupun ibu penat..
kenapa ibu mengalah?kenapa ayah je tak datang KL jumpa ibu?
percayalah sesuatu yang berlaku mesti bersebab..usah pertikaikan kenapa dan mengapa?
 perlu ke ibu canangkan pada semua kenapa dan mengapa?




1 comment:

  1. bahagia dan derita kita yg rasa sndiri.
    org hanya layak bercakap je.
    ignore je ape org ckp.
    bila penat,berhenti la diorg.

    ReplyDelete