F

Tuesday, September 17, 2013

Setahun bersama

16 September 2013

NAIN..

Kalau NAIN nak tahu..hari ni adalah hari ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah yang pertama..dan setahun jugaklah ibu dan ayah berjauhan walaupun sudah bergelar suami isteri..
Kami telah diijab kabulkan pada jam 10pagi pada tarikh tersebut..
Untuk pengetahuan NAIN juga..
Ibu dan ayah mula berkenalan pada penghujung tahun 2008..
Selepas 4 tahun berkawan, kami mengikat tali pertunangan pada 2 july 2012 dan setahun selepas itu berkahwin..

Jom layan gambar kahwin ibu dan ayah..







Banyak perkara yanng telah kami harungi sepanjang kenal sehingga la berkahwin.. Ibu bersyukur kerana ditemukan dengan ayah kerana ayah seorang lelaki baik dan bertanggungjawab. Antara sebab kenapa IBU SUKA AYAH ialah :-

1. Ayah seorang yang kelakar dalam versinya tersendiri..
2. Hanya Ayah yang boleh buat ibu ketawa dan menangis..ibu boleh ketawa dan menangis kerananya
3. Ayah seorang yang sangat memahami bagimana perwatakan , perangai dan perasaan ibu.
4.Kerana ibu tahu ayah sayangkan ibu...he he he ..betul tak?cuba tanya ayah.
5. Ayah selalu memuji ibu 'cantik'.! Cantik pada matanya la kot. hi hi hi

Kenapa Ayah pilih ibu sebagai isterinya untuk menjadi ibu kepada anak-anak ayah? Yang tu NAIN kena tanya ayah sendiri la..

Setelah setahun berkahwin.ALLAH s.w.t telah kurniakan NAIN sebagai pelengkap kepada kehidupan kami...walaupun kehadiran NAIN cukup awal tapi ibu dan ayah tak pernah menolak malah mensyukuri nikmat yang ALLAH bagi..
Walau kadang2 ibu terasa mampu ke ibu menjadi ibu yang terbaik untuk NAIN, mampu ke ibu mendidik NAIN? Mampu ke ibu untuk melaksanakan tanggungjawab besar untuk membesarkan NAIN dengan kasih sayang, kebendaan, ilmu dan pendidikan dunia dan akhirat?
Inshallah..ibu dan ayah akan berusaha untuk menjadi ibubapa yang bertanggungjawab dan yang terbaik buat NAIN..


NAIN doakan agar keluarga kita akan bersatu untuk selamanya ye!
Jangan lupa sentiasa doakan ibu dan ayah walau dimana dan siapa pun NAIN suatu hari nanti..

1 comment: