F

Monday, September 9, 2013

First Day

Today, Isnin, 9.9.2013 hari pertama NAIN dihantar ke rumah pengasuh. IBU harap NAIN tak meragam dan okey saja bila duk dengan pengasuh. Dan ibu harap pengasuh@MAMA menjaga NAIN dengan baik.
Betul kata ayah hati mana tak  bergetar, jiwa mana tak goncang..bila nak hantar anak pada orang..bukan sejam..bukan dua jam..bukan 3 jam tapi separuh hari..

Ibu tidak suka syak wasangka pada orang lain..ibu berpikiran positif untuk memujuk hati ibu.Jika tak, ibu tak dapat nak datang kerja..kalau ibu tak kerja macamna ibu nak beli barang2 mainan NAIN? ayah? ye..ayah memang ada dan boleh belikan semua tu untuk NAIN..

At least bila ibu kerja, ibu boleh ringankan beban ayah..ibu boleh beli apa saja yang ibu nak..sebab ibu dah terbiasa jika ibu nak sesuatu ibu lebih suka gunakan duit sendiri. Ibu juga akan pastikan sifat ibu ni akan diwarisi kepada NAIN. Ibu nak NAIN belajar berdikari dan jangan hanya berharap pada orang lain bila dah besar nanti.

Ibu dan ayah akan menjaga segala keperluan dan kehendak(yang menepati piawaian)NAIN..ibu akan pastikan NAIN akan cukup segala keperluan..InshAllah..walaupun ibu dan ayah terpaksa mengharungi segala kesusahan..

Bagi ibu dan ayah, NAIN adalah anugerah terindah yang ALLAH s.w.t kurniakan dan amanah yang akan kami jaga dengan baik sedaya upaya kami.

No comments:

Post a Comment