F

Wednesday, September 4, 2013

Tak tergambar rindunya

Sayangku NAIN,
ibu sampai opis agak awal pagi ni. jadi ibu berkesempatan untuk menulis. Pagi ni ibu drive sebab ibu nak bawak balik present yang officemate ibu bagi. Kalau tak ibu malas nak drive coz nanti masa balik jammednya sama macam ibu naik bus jugak..lambat jugak ibu sampai rumah nanti..huhuhu..
kang lebih baik ibu naik  bus..ibu boleh tido dalam bus.hihihi

semalam selepas solat isyak, ibu terus tidur sebab ibu tak mampu nak tahan merindui NAIN..
ibu terlalu rindukan NAIN..tak terucap oleh kata bagaimana perasaannya apabila merindui seseorang yang bergelar anak. Dalam hati ibu berdoa agar dikuatkan semangat untuk mengharungi kehidupan ibu sementara NAIN masih dikampung. Ibu positifkan hati ibu agar bersabar..hanya tinggal beberapa hari lagi ibu akan jumpa NAIN tapi ibu rasa masa tu terlalu lambat berlalu..seolah-olah sengaja nak permainkan rasa rindu ibu.

Ibu mintak maaf, minggu ni ibu akan lewat balik jumpa NAIN. Ibu apply leave hari 'Jumaat' tapi ibu terpaksa balik Pasir Gudang dulu sebab ibu nak kemas barang2 rumah. Sekarang ayah sibuk cari rumah sewa baru coz tuan rumah yang ayah duduk sekarang nak balik rumah die. Kita terpaksa pindah..tapi sampai sekarang ayah belum dapat rumah lagi..sama-samalah kita doakan agar ALLAH S.W.T memberi kita sekeluarga rezeki untuk dapat rumah sewa lain. Hari sabtu lepas ayah balik kerja baru ibu balik kampung jumpa NAIN tau..then, ahad NAIN ikut ibu balik KL.

Lepas tu ibu dah tak susah hati sebab NAIN dah ada depan mata ibu. Susah macamana sekalipun, ibu akan tetap harungi asalkan NAIN ada dengan ibu, selagi NAIN tak ada depan mata ibu, selagi itulah hati ibu tak pernah senang. Sudah hampir sebulan NAIN duk kat kampung, kehidupan ibu tak pernah fokus sejak tu..
Kerja opis ibu berlambak2 menimbun. Ibu rasa ibu agak lembap untuk buat kerja..jasad dan badan di sini sayang..tapi hati dan perasaan ibu ada pada NAIN.

Syukurlah..Tuhan mendengar rintihan ibu..ibu tak mampu sendirian tanpa NAIN. Tuhan permudahkan jalan buat ibu untuk dapatkan pengasuh,.Tuhan lembutkan hati ayahngah untuk benarkan NAIN tinggal dengan ibu dirumahnya. Semua percaturan itu telah diatur olehNYA..Alhamdullilah..

Walau apa pun kesukaran yang terpaksa ibu harungi. InshaAllah ibu akan berjuang demi anak ibu yang ibu kasihi..

Demi Allah..cinta dan kasih ibu tak kan pernah padam buat NAIN.

No comments:

Post a Comment