F

Friday, March 7, 2014

Ayah dan anak

tERgerak hati unttuk menulis kerana teringat 'NAIN'

Semalam ( Khamis), ayah datang KL sebab ada urusan..
Lepas ambil ibu balik kerja terus pergi ambil nain sebab ayah cakap dah rindu sangat nak tengok nain..
Beria ayah tak bagi ibu tunjukkan muka pada nain sebab nak test nain nak ikut ayah tak..
So lucky ayah bila nain senyum tak sabar nak ikut ayah...
Ibu suka tengok reaksi nain yang tergedik2 kaki bila ayah dukung...(ibu tahu gedik2 kaki nain tu tanda nain gembira dan suka)

Hari ini di meja kerja ibu..tetiba ibu teringat dan terfikir?
Apakah reaksi nain bila ibu ambil tanpa ayah petang nanti?
Pasti dalam hati nain tertanya-tanya..'mana lelaki itu(ayah)', 'kenapa semalam ada, hari ni tak ada'?
Nain ooo nain..ibu tahu nain tak nak ayah pergi dari nain kan?
Nain tahu yang lelaki selalu datang jumpa nain sekejap ..sekejap tu ayah kan?

Teringat ketika ibu masih kanak-kanak dulu..
setahun sekali kot jumpa 'arwah atok' dan setiap kali jumpa..ibu pasti akan meraung dan menangis..
'Ayah..adik nak ikut ayah..adik nak ikut ayah'..


Adakah bila nain besar nanti , nain akan menangis dan meraung begitu setiap kali ayah nak balik?
owh...tak dapat bayangkan ..
dan tidak mahu rasa sedih menyelubungi hati ibu buat masa ini..

Doa ibu..
Nain tak akan menangis dan meraung..
Pasti tidak akan!