F

Saturday, November 26, 2011

Pagi hening

terpikir-pikir hendak memberi apa buat tunang saya semperna hari lahirnya tidak lama lagi..
sakit mata memandang setiap sudut baju, seluar dan semua yang ada dijual, tapi satu pun tidak berkenan di hati..
kusut memikirkan...dengan tahap kewangan yang agak meruncing aku kira untuk bulan ini...
aku tidak boleh memberi sesuatu yang bernilai berasaskan wang ringgit..cukup ku kira memberi sesuatu yang bernilai berdasarkan nilai keikhlasan dan ingatan..itu maybe lebih nilai daripada segalanya kan?


indah mimpi
menganggu tidur ku..
bangun aku di pagi yang hening
sujud bermunajat..
mengharap indah pagi
akan kekal dalam hari2 akan datang

mengharap indah mimpi
jadi realiti
yang jawapnya tidak aku punyai
hanya bayangan dan harap
membawa senyuman pamer gembira

aku kira.
aku bisa peroleh
keindahan yang sama
seperti mana mimpi dalam lena ku
mulai dengan niat yang hakiki
dan kasih yang kudus
tanpa curiga..


p/s: Selamat pagi...semoga hari ini adalah lebih baik dari hari2 sebelumnya. INsyaallah.

Friday, November 25, 2011

layu..kuyu tapi harum tetap mewangi

sebab aku dah tension sangat duk kat opis tu..awal2 lagik aku dah amik half day. so hari ni aku keje sampai kul 12.30tengahari jela...aku pergi penatkan kaki ke Masjid Jamek..faberet tempat sejak aku kenal & hidup di kota metropolitan ni. bukan beli pape pun..just jenjalan cuci mata & tambahkan lagi penat badan, kaki dan semuanya..yang penting kotak pikiran aku kosong dan tak pikir paper terutamanya OPIS!.
disebabkan melalui lorong untuk ke lrt pudu, aku telah diekori oleh sorang negro yang memang tahap negro lah...sekuat usaha melarikan diri.fuh..selamat



layu sudah
pepohon cempaka...
tidak ada lagi kuntuman yang mengharum..
kusam sudah taman hiasan.

kuyu sudah mata hati...
menutup segala keinginan..
menangkis semua harapan..
menipu secuit bicara..

cempaka kembali berbunga..
menguntum seiring kembangan..
menerobos sealir wangian..
dalam jendela menuju batin

hati tidak pernah bermata..
kerna itu sentiasa tersilap sangkaan..
tapi.
jelas kian terpancar..
hati punya rasa
sentiasa melalui lorong2 jiwa yang satu.

p/s; apa yang aku merepek ni..:P



Thursday, November 24, 2011

Sebuah harapan secebis doa

terkelu cuma dalam hati..
tiada terluah walau seluak rasa..
yang terjerit hanya dalam batin..
siapa mengerti, siapa peduli..

bila kata berombak di dada..
bila kesal berbusut di hati..
terkilan kian menyempit rasa
siapa nampak,siapa pandang..

sungguh sakit..
tiada linangan di mata
sungguh pedih..
tidak juga kuucap tangis
sungguh sebak..
tiada sekali mengharap simpati..

pada DIA ku harap belas..
Hanya DIA kutitipkan kata..
kerna aku yakin..
DIA sentiasa tahu dan mengerti..

Dan
Kerana aku percaya
DIA akan sentiasa mendengar dan terus mendengar
kerana aku percaya juga..
Apa yang DIA beri hari ini
adalah untuk kesejahteraan esok..

YA ALLAH..
HAnya kepada Mu aku serahkan segalanya
berilah aku kekuatan untuk menghadapi segalanya ini..
Amin..

Friday, November 18, 2011

cepat betul masa berjalan hari ni.sedar tak sedar dah pun lunch hour. seperti biasa aku hanya berehat kat opis..nak keluar memang malas giler..apatah lagi nak makan waktu tengahari sebegini memang tidaklah jawapnye..nak kata diet tak juge...coz dah bekfast berat pada sebelah paginya so...kurangkan makan waktu tengahari ni..


makin ku kejar..
makin terkejar-kejar...
mencari sedetik yang berharga..
sudahnya, aku hanya tergapai angin..

makin ku toleh..
makin ku kelam..
tergapai-gapai dalam tenggelam...
hanya sudah tercungap ditepian..

makin ku cari..
makin terlari-lari..
tersungkur lumrah pasti..
merangkak,.. berjalan dan berlari
sudahnya aku tak pasti...

kerana masa
tidak pernah berjanji
untuk menanti dan kembali..
ia datang dan pergi bersama..
udara dan angin yang ku hela........

Thursday, November 17, 2011

Rindu

jika aku adalah doraemon,
akan aku simpan dirinya di dalam poket,
dekat pada hatiku...
terkias senyuman pada tiap nadiku bernafas..

jika aku adalah merpati,
akan aku terbang hinggap pada dahan rindu,
melayar sayap pada heningan mata,
mencengkam sebentuk hati miliknya

kerana rindu,,
aku ingin menjadi segalanya
supaya aku bisa berubah mengikut kehendak hati...

Saturday, November 12, 2011

Our Engagement- 02 July 2011

Macam tak percaya, pejam celik pejam celik dah hampir tiga tahun perhubungan kami,..kata sepakat telah dibuat untuk mengeratkan lagi hubungan ni dengan ikatan pertunangan. bersama restu daripada kedua belah keluarga, maka 02 July 2011 menjadi tarikh indah kami untuk melangsungkan majlis sederhana yang dihadiri oleh keluarga kedua belah pihak.
Tema pertunangan yang aku pilih adalah maroon gold,
penat seharian mencari baju ready made di sekitar Masjed Jamek...akhirnya jumpa jugak disaat akhir. Untuk gubahan hantaran pulak, aku serahkan bulat2 kepada kakak ipar..tema kaler tetap pilihan aku sendiri..dan ini adalah hasilnya:-

Hantaran Pihak Perempuan untuk lelaki
Sejadah & Kain pelikat

sireh jUnjung



towel


Gula-gula choclair

Polo Set

Sampin


Buah-buahan


kEmeja


homemade Coklat-tempah khas dari internet..huhulupa dah kat sapa

Kain Untuk Nikah

Ni Pulak Hantaran Pihak Lelaki untuk Perempuan:-


Cincin Merisik & pertunangan




Sebahagian draipada rombongan dari pihak lelaki..
credit to Muci Mursidah for this pic.




SEKitar sebelum & Semasa Majlis:-