F

Wednesday, August 28, 2013

Nain gain 1.2kg after 1 months

Just sharing pic of Muhammad Izz Zulqarnain and his parents at nany's niece wedding..
Alhamdullilah, Nain tak banyak meragam masa kat kenduri..tapi kesian kat dia mata mengantuk ..
nak tido tak lena dengan susanana yang bising n ramai orang
Balik dari kenduri kahwin bawak nain checkup..dah 2.5months umur nain..berat dah 7.05kg...
patutlah tangan ibu sakit je bila dukung nain..
semoga anak ibu membesar dengan sihat...

           wah...anak ibu dah pandai bergaya bila ambil gambar..heheh..
                   



anak ibu ngantuk tapii tak boleh tidur dengan suasana yang panas dan bising..kesian.
tidu sekejap terjaga..ibu pulak sibuk nak ajak NAIN bergambar..






Friday, August 23, 2013

Hari yang sentiasa dinanti

Lima hari ibu menanti penuh sabar ketibaan hari jumaat..finally, friday coming!! minggu ni ibu balik rumah pasir gudang..NAnny akan bawa nain balik pasir gudang jugak..jadi ibu dapatlah jumpa nain dan ayah..nampaknya ibu jumpa nain lambat sikitlah hari ni coz Kl ke Pasir gudang ambil masa 5 ke 6 jam. Doakan ibu selamat sampai jumpa nain dan ayah ye..,

Hari ni malas nak buat kerja, baru nak relaks santai sebab dua2 bos tak masuk...tup2 tengahari superior bos ibu masuk, pastu bertalu2 pulak keje yang kena buat..impian nak relaks sambil layan gambar nain tergendala...huhuhuhu..

Ibu sayang nain dan ayah selamanya...

Bus ibu naik pukul 8.15, masih ada masa sejam lagik.sempatlah ibu update blog ni untuk tatapan nain..bila dah pandai baca nanti tgk blog ibu tau..

Semalam ibu cakap ngan ayah yg ibu nak keje sampai hujung tahun..atleast ibu boleh simpan duit sikit..untuk nain..
Ibu dah cari pengasuh nain, inshaallah ada yg nak jaga nain..
Ibu dah tanya ayahngah boleh tak nak tumpang rumah die sampai hujung tahun ni tapi ibu akan byr sewa...
Ayahngah takde masalah..die benarkan ibu tumpang..

Sekarang kene tunggu keputusan ayah macamna...
Ibu nak nain ade disisi ibu..
Ibu tak kisah kalau org kata ibu pentigkan diri sendiri..
Ibu tak kisah sebab nain anak ibu..
Ibu nak bila nain dah pandai mengenal orang, orang pertama yg nain kenal ialah IBU!

Bagi ibu duit boleh dicari dengan apa cara sekalipun selagi kita berusaha..
NAIN adalah anak ibu yg ibu takkan dapat dimana2..
Ibu nak nain merasa belaian dan kasihsayang ibu


Ibu nak off untuk solat...
Nanti ada masa ibu sambung lagi ye..

Wednesday, August 21, 2013

formula milk

Nain baru berusia dua bulan..dah 4jenis susu dia merasa..
Maafkan ibu...kerana tak dapat nak fully breastfeeding nain.ibu bukan tak nak tapi susu ibu dah kering, taoi mujurla seminggu awal nain sempat jugak merasa susu ibu...
Susu awal ibu kan banyak khasiat..Alhamdullilah nain merasainya.
Tak tahu kenapa susu ibu tak banyak, ibu dah makan makanan yang nak banyakkan susu, dah makan suplement untuk banyakkan susu, dah pump dan dah bagi nain isap..

Sebab susu tak banyak, nain pun dh tak nak ..lagi2 la dah kenal putig botol susu...
Salah ibu jugak tak kuat semangat untuk paksa nain netek..ibu kesian kat nain bila bagi je menjerit2 sebab tak nak hisap n kalau hidap pun tak sampai 5minit dah mennagis...
Daripada anak ibu menjerit2 baik ibu bagi je susu formula...
Mugkin bukan rezeki ibu untuk susukan nain walaupun semasa ibu mengandugkan nain niat hatimemang nak fully BF

Susu pertama nain minum ialah anmum essential rumusan bayi..dua minggu nain minum susu ni asyik nangis je..dan asyik kembung perut...bila ibu balik pantang rumah nenek, nenek belikan susu dumex dulac..

Susu kedua nain dumex dulac, bila nain start minum susu ni nain dah tak nangis2 dan tak kembung lagi. Hati ibu senang sebab nain serasi dengan susu ni..berak nain pun okey. Sempat jugak nain minum susu ni dua 3 paket sehingga last ibu belikan dulac dalam tin 1.6kg, masa ni dah tinggal separuh susu nain..tup2 keluar dalam berita tv9, dumex menarik balik beberapa susu keluarannya..dulac tak tersenarai tapi hati ibu jadi tak senang sehinggalah ibu terbaca difb dumex danone beberapa batch susu dulac turut ditarikbalik dari pasaran. Ibu terus stop dari baginain susu tu.

Then susu ketiga nain ialah lactogen...ibu sempat beli satu paket kecik je susu ni..
Ibu rasa susu ni okey tapi bila terpikir kesian kat anak ibu minum susu murah..

Ibu tukar kepada nan pro 1..selepas 3har nain minum susu ni, nany bagitau nain cirit birit..kebetulan susu dah abis..

Ibu dah tak sedap hati, ibu suruh nany beli s26...
Dah seminggi nain consume susu s26, hari pertama ibu check nain berak ada hitam..
Ibu biarkan dulu sebab pk mungkin kesan susu nan belum habis.hari kedua najis nain dh tkde itam2,,
Hari ni ibu tanya nany pun , nany bagitahu nain berak okey je..

Ibu harap susu s26 ni sesuao dengan nain sebab ibu dah tak nak tukar2 susu lagi..kesian anak ibu jadi bahan ujikaji susu.hehhe

Susu nan pro 1 tu lagi mahal dari s26,,
Yang mahal tak semestinya berkualiti, yang murah tak semestinya tak bagus!

semangat yang dicari

Assalamualaikum...

Pagi rabu yang sangat lesu..
Celik mata saja terus teringat anakku...
Nain..nain kuat betul penangan rindumu...
Tak tertanggung ibu rasa..
Rindu pada tangisannya..rindu pada senyumannya...
Rindu pada muncungnya..
Anak ibu memang suka muncung, ni gara2 ibu selalu muncug masa mengandungkan nain..

Ingatkan hari ni nak ganti puasa yang masih berbaki 1bulan..
Uihhh..jenuh nak gantikan tapi nak buat camna terpaksa jugak
Tapi mood nak berpuasa tak datang lagi..hihihihi

Walaupun mood nak berkerja dah tak ada langsung..
Terpaksa teruskan jugak ...
Kerja tu kanh satu ibadah..

Ibu dah tekad untuk resign
Cuma belum hantar surat resin pada bos lagi..
Antara nain dan kerja, ibu akan pilih nain..
Kerja bila2 ibu boleh cari..
Ibu tak nak nain merasakan ibu tidak menjaga nain..
Ibu nak nain sentiasa ada depan mata ibu..
Insha allah uujung bulan ogos ni ibu akaj tender resign..

Biarlah ibu berkorban kerjaya ibu yag baru nak berkembang...
Ibu percya ini mungkin takdir yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T
Dan ibu tahu pasti ada hikmah disebaliknya...Allah lebih tahu semuanya, mybe jalan ini yag paling terbaik buat ibu..nain dan ayah..

Rezeki Allah S.W.T itu luas...merata2 tempat bukan hanya ditempat ibu kerja sekarang.
Mungkin bila ibu keluar dari syarikat ni ,,akan memberi peluan kepada orang lain yang lebih memerlukan daripada ibu..
Ibu redha....

Tuesday, August 20, 2013

kembali

Setelah sekian lama blog ni tak terusik..dari zaman anak dara sampai sekarang dah jadi ibu baru perasaan nak beblog tu datang balik..

Diringkaskan cerita..selepas bertunang pada 2 July 2011, setahun kemudian aku berkahwin pada 16 September 2012...dan selepas itu bermula la episod hidup sebagai perempuan mengandung...
Tak terduga dan sangka aku buntin pelamin..Alhamdullilah, kami suami isteri menerima khabar baik itu dengan penuh kesyukuran..rezeki Allah s.w.t bagi..bukan mudah nak dapat...syukur sangat..

Even memgandung sekalipun aku tetap ulangalik evey weekend ke pasir gudang jumpa ngan husband..semua orang tanya kenapa husband je yg tak dtg KL? Aku malas nak jawab..hanya kami yang faham situasi dan keadaan yang kami hadapi..

Sampai sekarang baru je abis pantang, aku dah masuk kerja...anak tinggal kat kg husband, mak die yang jaga...rutin aku ulangalik bermula lagik tapi kali ni bukan ke pasir gudang..ke Muar pulak...inila yang dikatakan sebagai pengorbanan agaknya..sebelum ni berkorban sebagai isteri dan sekarang berkorban sebagi ibu..

Sekalipun aku tak pernah rasa kesal dengan keadaan ini...sebaiknya aku meredhai kerana aku percaya pasti ada sebabnya kenapa Allah atur hidup aku begini..

Sapa yang tak sedih tinggal ngan anak berjauhan..aku pasti semua ibu tak nak berjauhan dengan anak mereka...begitu juga aku..

Titipan buat anak ku...bila sudah pandai membaca nanti,,bacalah blog ibu ye

Anak,
Pergi ibu bukan meninggalkan
Jauh ayah bukan menghindarkan
Tidak sekali melarikan diri
Mahupun mengabaikan

Anak
Disini ibu disana ayah
Kerana kasih sayang
Menuntut kehendak pada lurah hidup
Untuk cinta hati kami

Anak
Ibu akan datang
Penuhi jurang kejauhan yang tercipta
Mengembangkan riang ria jalan hidup
Agar kita sentiasa dibawah lindungan yang Maha Esa.

ibu rindukan Nain

Assalamualaikum...

Sekian lama tak mencuri masa untuk menulis..
Baru hari ni terasa mahu berkongsi sesuatu..yang mungkin terlalu perit aku rasa..

Cukup dua bulan aku bersalin, dengan berat hati terpaksa tinggalkan anak kesayangan Muhammad Izz Zulqarnain di rumah mertua..maka berulang kembali rutin weekend aku naik bas dan setiap petang jumaat menjadi penghuni tbs..

Tapi kali ni perasaannya sangat berbeza...dulu berjauhan dengan suami..sekarang berjauhan dengan suami dan anak...namun perasaan berjauhan dengan anak tak dapat dibendung rasa rindu...dan rindu.

Maybe seseorang yang bergelar ibu memahami apa yag aku rasa..

Ya Allah..kuatkanlah semangat aku...