F

Tuesday, August 20, 2013

kembali

Setelah sekian lama blog ni tak terusik..dari zaman anak dara sampai sekarang dah jadi ibu baru perasaan nak beblog tu datang balik..

Diringkaskan cerita..selepas bertunang pada 2 July 2011, setahun kemudian aku berkahwin pada 16 September 2012...dan selepas itu bermula la episod hidup sebagai perempuan mengandung...
Tak terduga dan sangka aku buntin pelamin..Alhamdullilah, kami suami isteri menerima khabar baik itu dengan penuh kesyukuran..rezeki Allah s.w.t bagi..bukan mudah nak dapat...syukur sangat..

Even memgandung sekalipun aku tetap ulangalik evey weekend ke pasir gudang jumpa ngan husband..semua orang tanya kenapa husband je yg tak dtg KL? Aku malas nak jawab..hanya kami yang faham situasi dan keadaan yang kami hadapi..

Sampai sekarang baru je abis pantang, aku dah masuk kerja...anak tinggal kat kg husband, mak die yang jaga...rutin aku ulangalik bermula lagik tapi kali ni bukan ke pasir gudang..ke Muar pulak...inila yang dikatakan sebagai pengorbanan agaknya..sebelum ni berkorban sebagai isteri dan sekarang berkorban sebagi ibu..

Sekalipun aku tak pernah rasa kesal dengan keadaan ini...sebaiknya aku meredhai kerana aku percaya pasti ada sebabnya kenapa Allah atur hidup aku begini..

Sapa yang tak sedih tinggal ngan anak berjauhan..aku pasti semua ibu tak nak berjauhan dengan anak mereka...begitu juga aku..

Titipan buat anak ku...bila sudah pandai membaca nanti,,bacalah blog ibu ye

Anak,
Pergi ibu bukan meninggalkan
Jauh ayah bukan menghindarkan
Tidak sekali melarikan diri
Mahupun mengabaikan

Anak
Disini ibu disana ayah
Kerana kasih sayang
Menuntut kehendak pada lurah hidup
Untuk cinta hati kami

Anak
Ibu akan datang
Penuhi jurang kejauhan yang tercipta
Mengembangkan riang ria jalan hidup
Agar kita sentiasa dibawah lindungan yang Maha Esa.

No comments:

Post a Comment