F

Friday, August 23, 2013

Hari yang sentiasa dinanti

Lima hari ibu menanti penuh sabar ketibaan hari jumaat..finally, friday coming!! minggu ni ibu balik rumah pasir gudang..NAnny akan bawa nain balik pasir gudang jugak..jadi ibu dapatlah jumpa nain dan ayah..nampaknya ibu jumpa nain lambat sikitlah hari ni coz Kl ke Pasir gudang ambil masa 5 ke 6 jam. Doakan ibu selamat sampai jumpa nain dan ayah ye..,

Hari ni malas nak buat kerja, baru nak relaks santai sebab dua2 bos tak masuk...tup2 tengahari superior bos ibu masuk, pastu bertalu2 pulak keje yang kena buat..impian nak relaks sambil layan gambar nain tergendala...huhuhuhu..

Ibu sayang nain dan ayah selamanya...

Bus ibu naik pukul 8.15, masih ada masa sejam lagik.sempatlah ibu update blog ni untuk tatapan nain..bila dah pandai baca nanti tgk blog ibu tau..

Semalam ibu cakap ngan ayah yg ibu nak keje sampai hujung tahun..atleast ibu boleh simpan duit sikit..untuk nain..
Ibu dah cari pengasuh nain, inshaallah ada yg nak jaga nain..
Ibu dah tanya ayahngah boleh tak nak tumpang rumah die sampai hujung tahun ni tapi ibu akan byr sewa...
Ayahngah takde masalah..die benarkan ibu tumpang..

Sekarang kene tunggu keputusan ayah macamna...
Ibu nak nain ade disisi ibu..
Ibu tak kisah kalau org kata ibu pentigkan diri sendiri..
Ibu tak kisah sebab nain anak ibu..
Ibu nak bila nain dah pandai mengenal orang, orang pertama yg nain kenal ialah IBU!

Bagi ibu duit boleh dicari dengan apa cara sekalipun selagi kita berusaha..
NAIN adalah anak ibu yg ibu takkan dapat dimana2..
Ibu nak nain merasa belaian dan kasihsayang ibu


Ibu nak off untuk solat...
Nanti ada masa ibu sambung lagi ye..

No comments:

Post a Comment