F

Friday, March 7, 2014

Ayah dan anak

tERgerak hati unttuk menulis kerana teringat 'NAIN'

Semalam ( Khamis), ayah datang KL sebab ada urusan..
Lepas ambil ibu balik kerja terus pergi ambil nain sebab ayah cakap dah rindu sangat nak tengok nain..
Beria ayah tak bagi ibu tunjukkan muka pada nain sebab nak test nain nak ikut ayah tak..
So lucky ayah bila nain senyum tak sabar nak ikut ayah...
Ibu suka tengok reaksi nain yang tergedik2 kaki bila ayah dukung...(ibu tahu gedik2 kaki nain tu tanda nain gembira dan suka)

Hari ini di meja kerja ibu..tetiba ibu teringat dan terfikir?
Apakah reaksi nain bila ibu ambil tanpa ayah petang nanti?
Pasti dalam hati nain tertanya-tanya..'mana lelaki itu(ayah)', 'kenapa semalam ada, hari ni tak ada'?
Nain ooo nain..ibu tahu nain tak nak ayah pergi dari nain kan?
Nain tahu yang lelaki selalu datang jumpa nain sekejap ..sekejap tu ayah kan?

Teringat ketika ibu masih kanak-kanak dulu..
setahun sekali kot jumpa 'arwah atok' dan setiap kali jumpa..ibu pasti akan meraung dan menangis..
'Ayah..adik nak ikut ayah..adik nak ikut ayah'..


Adakah bila nain besar nanti , nain akan menangis dan meraung begitu setiap kali ayah nak balik?
owh...tak dapat bayangkan ..
dan tidak mahu rasa sedih menyelubungi hati ibu buat masa ini..

Doa ibu..
Nain tak akan menangis dan meraung..
Pasti tidak akan!







Tuesday, November 12, 2013

5 Months already


Today, 12 November 2013, Muhammad Izz Zulqarnain bin Mohd Saiful dah berusia 5bulan..
Cepat betul masa berlalu..dah macam2 NAIN pandai buat. Terasa mcam baru semalam ibu kat dalam labour room lahirkan NAIN.

Dah lama ibu tak update blog kan? sebab kekangan masa yang terlau sempit.
NAIN sekarang pun dah pandai mengaruk..asyik nak nangis je.
Ibu pun tak tahu kenapa?MAybe sebab NAIN semakin membesar dan asyik nak bermain je kang..
kadang nak tidur pun sanggup lagi tahan mata tu daripada terlelap kang?
Bila orang tak layan mula la merengek2 kang?

Minggu ni adalah minggu stress ibu..nak tak nak ibu tetap kena hadapi..
apa yang terjadi semalam adalah pengajaran buat ibu..

Walau apapun keadaannya, NAIN tetap menjadi penghibur ibu dan ayah..
semoga NAIN membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh buat ibu dan ayah..
Ibu dan ayah sayangkan NAIN dunia akhirat.........

Thursday, October 24, 2013

Kenapa susah nak berenti?

Assalamualaikum...

Buat sayang ibu Muhammad izz Zulqarnain bin Mohd Saiful...
Ibu mintak maaf sebab dah lama tak update blog ni kang..
Sebenarnya ibu dalam proses pertukaran ke blog baru..Masih dalam pembikinan..:)

Today, Ibu rasa sangat down..tak sepatutnya ibu rasa mcam ni kang sayang..sedangkan ibu kene kuat semangat untuk menghadapi semua ketentuan Allah s.w.t kang?

Kenapa Ibu susah sangat nak berenti kerja ni? Kenapa ibu sayang sangat dengan kerja ibu ni?
Kadang kesian kat ayah sorang kat Johor kang? Kadang kesian kat ibu berdua dengan NAIN kat KL kang?
Kalau ayah sakit demam pening pun sorang2..kalau NAIN atau ibu sakit pening pun kita sendirian kang?
Sebenarnya kita bertiga memang kesian kan?

Kenapa ibu tak berenti je?
Ayah pun tak galakkan ibu berhenti..sebab sayangkan kerja ibu..nak dapat kerja bukan senang zaman sekarang ni??
Penting sangat ke kerja ibu ni berbanding keluarga ibu?

Wednesday, October 9, 2013

Tewas

NAIN..
Permata hati ibu dan ayah..
Awak sekarang dah semakin membesar dan pandai ye..
Tiap kali ibu ambil dari rumah mama..awak bukan akan sambung tidur semula tapi celik seceliknya kang?
Sebelum ni awak punya rutin tidur..pukul 9 hingga ke pagi terus..cuma dua kali bangun nak menyusu..
Sekarang dah bertukar, pukul 8 tidur..pukul 9 ke 10 mesti bangun nak menyusu dan terus tak tidur...
ajak ibu main..lagi ibu buat2 marah suruh tido, lagi la awak tersengih2 ketawa kang?

Semalam semasa NAIN sedang bervideo call dengan ayah, ibu perasan beberapa kali ayah mengesat matanya dan pada masa yang sama ibu dapat dengar suara ayah yang dah serak macam orang sedang menangis. Ayah NAIN menangis ke?
Kenapa ayah nangis?
Ibu tahu..
Ayah pasti sedih sebab dah lama tak jumpa NAIN.
Ayah mesti sedih sebab tak dapat tengok NAIN setiap hari.
Ayah mesti merasa terkilan kerana tak dapat melihat perkembangan NAIN setiap hari, tak dapat tengok kali pertama NAIN tersenyum, tak dapat tengok kali pertama NAIN meniarap, tak dapat menjadi orang pertama yang mendengar suara NAIN bercakap dan ketawa.

Pasti ayah merasa amat kerugian kerana tidak dapat menikmati saat indah yang NAIN cipta
Jika ibu ditempat ayah pun, Ibu pasti akan merasa lebih sedih..
Tapi ibu tahu ayah lebih kuat daripada ibu..
Sebab kekuatan itu yang ayah tunjukkan pada ibu..
cuma dalam kekuatan ayah tetap ada jiwa yang halus...
tewas kerana kasih pada anak..

NAIN kena tahu..
Setiap hari bila ayah call ibu, perkara pertama yang ditanya adalah NAIN,
NAIN macamana?sihat tak?okey  tak?dah nyusu belum?
Ayah sentiasa cakap pada ibu yang dia rindukan NAIN..
Selalu kirimkan peluk cium ayah untuk NAIN..
Kadang-kadang ayah tak endah hal2  yang ibu cakap, ayah mesti letakkan perkara2 yang berkaitan NAIN pada tempat pertama.

Nain harus yakin dan percaya,
Bahawa kasih sayang ibu dan ayah tidak ada bezanya..
Bagaimana ibu sayangkan NAIN, begitu jugalah ayah sayangkan NAIN..
Mungkin cara ibu dan ayah melayan NAIN berbeza..
Apa saja yang ibu dan ayah lakukan adalah untuk mendapatkan yang terbaik buat NAIN dunia dan akhirat..



Monday, October 7, 2013

Wishlist

Just want to share my wishlist with you my sons a.k.a NAIN,

Antaranya ialah:-

1. MASAK UNTUK AYAH,even ibu ni tak pandai masak tapi setakat masak untuk kenyangkan ayah tu bolehlah. Dah lama Ibu tak masak untuk ayah sejak ibu memgandungkan NAIN 7 bulan sampai sekarang..hurm...kesian ayah kan?Bukan ibu tak nak masak tapi tak berpeluang..kalau balik rumah nani memang ibu takkan masaklah...mana boleh nak challenge nani masak.kikikiki

2.MEMBASUH BAJU KOTOR AYAH,dulu sebelum NAIN ada, setiap minggu ibu akan basuh, sidai n lipat baju2 ayah..Sekarang?Hanya basuh uniform kerja ayah je la..tu pun dua minggu sekali..Kenapa?sebab dah jumpa ayah dua minggu sekali je...

3.MENGEMAS RUMAH, rindu nak kemas rumah sendiri..ntahbila lagi dapat kemas rumah sendiri..hurm

4.MEMBELI PERABOT, sejak kahwin ngan ayah..dalam rumah tu hanya ada barang2 asas yang penting saja..Peti, washing machine, meja makan, set katil and almari baju and meja solek, meja kopi, rak tv and sofa.SOFA untuk dua orang duduk..dah setahun kot...ibu teringin nak beli SOFA, MEJA HIASAN TEPI DAN BANYAK LAGI..

5.Impian ibu yang paling NYATA dan JELAS ialah nak tinggal sebumbung dengan ayah, membentuk sebuah keluarga yang sempura- Ada Ibu, ada Ayah dan NAIN-..Bila? Ibu tak ada jawapan untuk itu, begitu juga ayah..Kami hanya merancang yang menetukan semuanya adalah Allah s.w.t..Doa dan usha menjadi harapan kami.Yakin dan Percaya Allah telah tetapka semua dan jika DIA mahu sesuatu terjadi, Maka terjadilah ia...
Jika ibu dapat capai impian ini, MAKA dengan jelas dan nyata semua hasrat di atas akan dapat ditangani..
hi hi hi

























Tuesday, October 1, 2013

bagaimana?

NAIN...

dah lama ibu tak update kat sini kang..ibu bizi la sayang.,.sian NAIN MESTI tungu ibu update kang..NAIN mesti nak dengar cerita dari ibu kang?

Hari ni ibu just nak share pengamatan dan pengiktirafan opismate ibu iaitu uncle Amir terhadap ibu.
Pengamatan apa agaknya ye NAIN?

UNCLE AMIR cakap pada ibu..die respect pada ibu kerana dapat mengharungi kehidupan berdua dengan NAIN di sini. Kenapa?mengapa?

Bagaimana ibu boleh uruskan NAIN tanpa ayah..bagaimana ibu melayan ragam NAIN..bagaimana ibu menghantar NAIN pada mama pagi2 hari, bagaimana ibu mengambil NAIN selepas waktu kerja, bagaimana ibu keluar opis on time, bagaimana ibu berjalan dengan langkah yang laju untuk cepat sampai ke monorel, lrt dan bas, bagaimana ibu menguruskan keperluan NAIN dan ibu..bagimana ibu mengemas, membasuh dan melakukan segalanya sepanjang NAIN ada disisi ibu..

Terlalu banyak bagaimana kang? Semasa NAIN di dalam perut ibu..ibu pernah cakap pada ayah, ibu tak mampu lakukan semua tu seorang diri.
PENAT?IBU rasa semua perempuan yang bergelar ibu, mama, mak atau umi pasti merasa penat tapi yang pasti ibu dan mereka tak sesekali akan merungut dengan kepenatan tersebut.Malah merasa gembira dan bangga mengharugi kepenatan menjaga anak2..

Bagaimana ibu boleh lakukan?Selepas NAIN lahir..NAIN adalah segalanya..tiada istilah tak boleh bagi ibu demi NAIN..IBU lebih rela penat, tidak cukup tidur, kelaparan, kehausan daripada ibu tak dapat jaga NAIN dan tengok NAIN SEPANJANG MASA.

Bagaimana kekuatan itu datang?
Ibu percaya, ALLAH s.w.t telah tiupkan semangat yang tak berbelah bagi dalam diri ibu,
DIA JUGA telah berikan ibu kekuatan, kepercyaan dan keyakinan untuk menghadapi semuanya.
DAN ibu bersyukur kerana Allah telah kurniakan ibu anak iaitu NAIN yang tidak banyak ragam.
WALAUPUN NAIN masih bayi tapi NAIN SEOLAH mengerti keadaan ibu.

NAIN kena ingat..pengorbanan seorang ibu terhadap anak takkan dapt dibalas dengan nilai ringgit..
Pengorbanan ayah mencari rezeki untuk melengkapkan kehidupan NAIN juga jangan diabaikan..
Percayalah ayah berada jauh dengan NAIN DAN IBU kerana tuntutan kerja..mencari rezeki untuk masa depan NAIN DAN keluarga kita..

IBU DAN AYAH tak mengharapkan balasan wang ringgit daripada NAIN suatu hari nanti...
Kerana kami percaya NAIN adalah amanah terhebat daripada ALLAH..
CUMA KAMI harap NAiN tidak akan pernah lupakan kami, IBU DAN AYAH NAIN.





Wednesday, September 25, 2013

cabaran keibuan...

NAIN OH NAIN..2 3 hari kebelakangan ni ibu hadapi cabaran nak tidokan awak malam2..kemain susah lai NAIN nain nak tido..even mata dah layu pun NAIN gigih lagi ketawa dan senyum...
WAH...sekarang NAIN dah pandai berbual dengan ibu..mulut tak bereni2 bercakap,,walaupun ibu tak faham apa NAIN cakap, ibu pahamkqn jela..
Anak bambam ibu pun dah pandai menjerit2...bila ibu tak layan die berbual..bila dengar suara ayah tru phone..pandai pulak NAIN DIAM sambil mata melilau mencari suara ayah..Mesti NAIN pelik kan?ade suara tapi takde orangnya..
NAIN DAH pandai marah ibu ye bila ibu ckp ngan ayah sebab tak layan die...
Pandai betul anak ibu ni kang...

Ok, berbalik kepada cabaran ibu nak tido kan NAIN..

Ibu tak tahu kenapa NAIN susah sgt nak tido sekarang ..kalau tido pun mesti kejap je..then terjaga..tidur tak lena..asyik resah gelisah je..
NI semua berpunca dari biji2 merah yang ada kat belakang Nain ke? Biji2 tu warna merah dan macam ada air bisa gitu..Apakah sebenarnya tu?Bila ibu cek suhu bdan Ok n tqk demam..

ISNIN DAH BAWAK NAIN G KLINIIK UTK INJECTION TAPI DOKTOR KIV DULU COZ BINTIK2 MERAH NAIN TU...doktor suruh tunggu sampai Jumaat..if makin merebak, mungkin campak atau
Chicken pox..

HARI NI ibu cek bawah leher NAIN DAH ada beberapa biji..kat belakang tu masih lagi ada tapi dah nampak kering, maybe ubat sapu yg doktor bagi tu buat ia jadi kering..

NAIN..please jangan demam..jangan kena campak atau chicken pox..Pls..Pls..
IBU rasa tu ruam peluh je kot..badan NAIN kang senang berpeluh...
Ibu mengharap....sangat mengharap.,amin...

Ade sapa2 pernah mengalami anak kene campak atau chicken pox tak?
Boleh share tanda2 dan cara mengatasinya...?