F

Wednesday, October 9, 2013

Tewas

NAIN..
Permata hati ibu dan ayah..
Awak sekarang dah semakin membesar dan pandai ye..
Tiap kali ibu ambil dari rumah mama..awak bukan akan sambung tidur semula tapi celik seceliknya kang?
Sebelum ni awak punya rutin tidur..pukul 9 hingga ke pagi terus..cuma dua kali bangun nak menyusu..
Sekarang dah bertukar, pukul 8 tidur..pukul 9 ke 10 mesti bangun nak menyusu dan terus tak tidur...
ajak ibu main..lagi ibu buat2 marah suruh tido, lagi la awak tersengih2 ketawa kang?

Semalam semasa NAIN sedang bervideo call dengan ayah, ibu perasan beberapa kali ayah mengesat matanya dan pada masa yang sama ibu dapat dengar suara ayah yang dah serak macam orang sedang menangis. Ayah NAIN menangis ke?
Kenapa ayah nangis?
Ibu tahu..
Ayah pasti sedih sebab dah lama tak jumpa NAIN.
Ayah mesti sedih sebab tak dapat tengok NAIN setiap hari.
Ayah mesti merasa terkilan kerana tak dapat melihat perkembangan NAIN setiap hari, tak dapat tengok kali pertama NAIN tersenyum, tak dapat tengok kali pertama NAIN meniarap, tak dapat menjadi orang pertama yang mendengar suara NAIN bercakap dan ketawa.

Pasti ayah merasa amat kerugian kerana tidak dapat menikmati saat indah yang NAIN cipta
Jika ibu ditempat ayah pun, Ibu pasti akan merasa lebih sedih..
Tapi ibu tahu ayah lebih kuat daripada ibu..
Sebab kekuatan itu yang ayah tunjukkan pada ibu..
cuma dalam kekuatan ayah tetap ada jiwa yang halus...
tewas kerana kasih pada anak..

NAIN kena tahu..
Setiap hari bila ayah call ibu, perkara pertama yang ditanya adalah NAIN,
NAIN macamana?sihat tak?okey  tak?dah nyusu belum?
Ayah sentiasa cakap pada ibu yang dia rindukan NAIN..
Selalu kirimkan peluk cium ayah untuk NAIN..
Kadang-kadang ayah tak endah hal2  yang ibu cakap, ayah mesti letakkan perkara2 yang berkaitan NAIN pada tempat pertama.

Nain harus yakin dan percaya,
Bahawa kasih sayang ibu dan ayah tidak ada bezanya..
Bagaimana ibu sayangkan NAIN, begitu jugalah ayah sayangkan NAIN..
Mungkin cara ibu dan ayah melayan NAIN berbeza..
Apa saja yang ibu dan ayah lakukan adalah untuk mendapatkan yang terbaik buat NAIN dunia dan akhirat..



No comments:

Post a Comment