F

Monday, October 19, 2009

ermm.......

yA Tuhan,,,,kenapa tepu je rasa kepala aku buat masa sekarang..sehingga tidak mampu kufkirkan apa lagi yang boleh aku tuliskan..................
kosong.....dan mati kutu aku dibuatnya.

Wednesday, October 7, 2009

hitungan



mengira hitungan kebaikan yang tercipta

hingga mengangkat ketakburan dalam rohani

menjanjikan kejahilan yang tak terkabus..

tapi..

bila noda dan dosa terhias

hanya dikunci dalam akal

menidakkan kebodohan…

menyorok kesilapan.

walhal..

Yang Maha Melihat

telah menghitung dalam senyap.

hakcipta terpelihara: Kuntumcempaka

pemerGian

Susur jalan yang dulunya berdebu apabila ditiup angin kini telah berturap, memudahkan setiap perjalanan kenderaan yang keluar masuk. Gadis- gadis yang berjalan keluar untuk menunggu bas di jalan utama tidak perlu lagi mengelap debu-debu yang melekat di wajah, justeru itu mereka tidak lagi bermasam muka sewaktu dalam perjalanan menuju ke jalan utama. Semua kerana sebuah kemajuan yang kian pesat melanda, tiada lagi kehidupan mundur walaupun ianya hanyalah sebuah kampung yang jauh dari kota besar. Kemajuan yang dibawa bagi harga sebuah pengorbanan masyarakat dalam membangunkan negara yang dicintai. Hariana Zainun mengesat lelehan airmata yang membasahi pipi halusnya, hatinya rasa tersentuh dan terusik apabila mengenangkan kenangan membesar dalam suasana kampung itu. Dia merasa terkilan dan kehilangan kerana keindahan kemajuan itu tidak dapat dikecapi oleh seseorang yang amat dicintai. Kadang-kadang dia marah pada keadaan kerana pemergian orang yang dikasihinya terlalu cepat tanpa merasa kesenangan hidup yang telah dibawa. Dia hampa kejayaannya tidak dapat dikongsi bersama dengan orang yang begitu utuh dalam jiwa. Namun jauh disudut hati dia redha akan pemergian itu kerana dia tahu tiada siapa yang boleh menolak permintaan takdir. Perjalanan itu diteruskan sehingga dia sampai kepada sebuah lorong yang sekelilingnya hanya dipenuhi semak samun. Airmata yang sudah kering hampir merembes semula apabila melihat lorong yang dulu masih boleh dilalui kini dipenuhi semak samun, tiada sikit pun ruang untuk membolehkan keretanya melalui lorong itu. Hariana memarkirkan kereta ditepi jalan, dengan rasa sebak yang tidak tertanggung dia cuba menerobos masuk ke lorong yang penuh dengan pokok-pokok renek namun hampa apabila tidak berjaya. Akhirnya dia hanya tertinjau memerhati andai dia mampu melihat sebuah rumah usang yang telah lama ditinggalkan dihujung lorong tersebut. Sekali lagi kehampaan menyelubungi ruang hati kerana semak yang juga boleh dikatakan sebagai hutan kecil itu membataskan penglihatannya. Dari kejauhan hanya atap rumah yang sudah daif kelihatan, terdetik di benaknya mungkin rumah itu kini hanya menjadi tempat penagih melepaskan gian. Hariana kembali ke keretanya, badan yang penat kerana memandu beberapa jam disandarkan pada sisi kereta, pandanganya tidak lekang memerhati atap rumah yang hanya sayup kelihatan. Kenderaan yang lalu lalang dihadapannya tidak dihiraukan sehinggalah sebuah motosikal berhenti betul-betul dihadapannya.
Assalamualaikum nak.” Seorang pak cik tua menegur Hariana Zainun

“ Waalaikumussalam pak cik.” Salam itu dijawab dengan seulas senyuman.

“ Anak ni siapa? Pakcik tengok dari tadi anak ni mundar mandir kat sini. Anak tengok tanah untuk dibeli ke?”

Hariana tidak pula menyangka perbuatannya tadi menjadi perhatian dan dia sendiri tidak pasti entah bila pak cik itu ulang alik sehingga perasan dengan kehadirannya disitu. Pada perkiraan Hariana mungkin lelaki tua itu sebaya dengan arwah bapanya.

“ Tak pak cik, saya cuma datang tengok rumah arwah ayah. Nun dihujung sana lace pak cik.” Hariana Zainun menunjukkan ke arah rumah yang hanya kelihatan atapnya dari jauh.

“ Ooo..anak ni anak arwah Isa? Tapi pak cik tak pernah tengok pun anak ni.”

“ Iya pak cik, saya anak bongsunya. Sejak arwah ayah sakit kami adik beradik dah jarang datang sini. Lagipun saya hanya tinggal dengan ayah masa zaman kanak-kanak aje. Erm..maafkan saya, pak cik ni siapa?”

“ Pak cik ni kawan arwah, masa arwah meninggal dulu pak cik tak dapat nak pergi tengok, lagipun arwah dah lama tinggalkan kampung ni.”

Hariana hanya mengangguk dan tersenyum, rindu pada arwah menyerbu hatinya.

“ Jemputlah ke rumah pak cik, boleh kenal dengan isteri dan anak-anak pak cik.” Ajakan lelaki tua itu mengejutkan Hariana daripada lamunan.

“ Erm..tak apalah pak cik, saya pun dah nak balik Terengganu. Saya ada kerja kat Kuantan, dah kebetulan lalu jalan sini singgahlah kejap. Ingatkan nak tengok rumah tapi tak sangka pulak sampai tak boleh masuk terus, dah nak jadi hutan dah.”

“ Kalau macam tu tak mengapalah, pak cik balik dulu lah.”

“Terima kasih pak cik”

“ Sama- sama, sampaikan salam pada mak ye. Hati-hati memandu, Assalamualaikum.”

“ Insyaallah pak cik. Waalaikumussalam.”

Hariana memerhati pemergian lelaki separuh abad itu sehingga hilang dari pandangan matanya. Bunyi deruman enjin motosikal yang memingitkan telinga kian menghilang, akan tetapi Hariana masih tidak berganjak daripada kawasan itu. Kakinya terasa kejap dan hatinya seolah terkunci untuk bertolak balik. Dia merasa selesa dan tenang memerhati rumah yang kian lama ditinggalkan itu. Walaupun rumah itu hanya sebuah rumah papan yang uzur, namun ianya banyak meninggalkan nostalgia dalam hidupnya. Segala kenangan suka duka dan kasih sayang terpahat utuh di situ. Hariana masih menyandar pada keretanya, sambil benaknya terus bertakung dengan imbauan kisah silam memori kasih sayangnya bersama orang yang dicintainya sepenuh hati.

“ Siapa yang bergaduh kat sekolah tadi? Kecil- kecil dah pandai cari gaduh?”

Hariana Zainun terkedu, hatinya berdebar-debar, rasa takut mula menguasai diri.

“ Macamana ayah boleh tau aku bergaduh kat sekolah ni?” bisik hati kecilnya.

“ Ada kan tadi orang bergaduh kat sekolah, kenapa sampai boleh bergaduh?” ayah menghampiri aku yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

“ Erm… dia yang kacau adik dulu, dia ejek adik ni anak manja ayah. Adik malu dengan kawan-kawan adik tau.”

“ Lainkali jangan macam tu, tak elok budak perempuan pukul budak lelaki. Adik kan perempuan tak manis dipandang orang, nanti semua orang cakap adik ni perempuan kasar. Kalau semua orang ejek adik macam tu malu tak?” Hariana menganggukkan kepalanya.

“ Janji dengan ayah yang adik tak kan gaduh dengan siapa pun lagi, tak kira orang itu mengejek adik atau apa saja yang orang buat pada adik. Adik kena tahan dan sabar barulah boleh jadi budak cerdik dan pandai.”

“ Adik janji adik takkan pukul orang lagi, adik janji akan diam aje bila ada orang mengata adik.”

“ Macam tulah anak ayah.” Tubuh Hariana diraih lalu dipeluk dan pipi anak itu di kucup lembut, Hariana hanya tersenyum berada dalam pelukan ayah.

“ Fewittttt…Hai sorang jeke?” sapaan sekumpulan anak muda yang bermotosikal mengejutkan lamunan Hariana Zainun. Hariana hanya mengerling sekilas ke arah anak muda yang entah dari mana datangnya. Apabila menyedari perbuatannya tidak mendapat respon daripada Hariana, anak muda tersebut terus memecutkan motosikalnya meninggalkan bunyi enjin motosikal yang bingit memenuhi halwa telinga Hariana. Dia berjalan ke arah lorong yang tertutup dengan semak samun, cuba untuk mencari jalan masuk untuk menuju ke rumah usang itu namun cubaannya gagal. Semak samun yang menebal menyukarkan dirinya untuk berjalan masuk. Hariana berpatah semula ke arah keretanya, pintu hadapan keretanya di buka. Dia melabuhkan punggung ke atas kusyen kereta miliknya. Niatnya mahu memulakan perjalanan untuk bertolak balik ke Terengganu tapi hatinya seolah membantah. Akhirnya dia membuat keputusan untuk terus berada di situ walaupun tidak dapat untuk masuk ke perkarangan rumah usang tersebut. Hatinya sedikit terubat walaupun sekadar dapat melihat atap rumah yang hanya kelihatan samar dari jauh. Buat sekian kalinya rasa rindu menyerbu perasaannya, senak hingga menekan ke dada. Sesungguhnya dia belum puas untuk mengecapi kasih sayang seseorang yang bergelar bapa, insan yang terlalu menyayangi dirinya serta insan itu terlalu berharga buat dirinya. Bayangan kasih sayang yang sentiasa utuh dalam hatinya menari-nari dalam jiwa, menyimpulkan satu rasa yang sukar untuk dimengertikan. Rasa sepi, sunyi, sakit, kecewa dan sedih bercampur menjadi satu melengkapkan sebuah perasaan yang kian lama kian kehilangan. Kehilangan yang pada dasarnya tidak ditangisi tetapi dalamnya diratapi. Hariana masih lagi termangu sendirian, jasadnya masih disitu namun jiwanya langsung berterbangan menyusuri jalan kenangan yangsudahberbelastahunditinggalkan.

“ Adik tak nak ikut mak balik, adik nak duduk dengan ayah. Duduk dengan ayah lagi seronok daripada duduk dengan mak. Lagipun ayah bagi duit belanja sekolah banyak, tak macam mak bagi sikit je.”

“ Adik tak kesian kat mak? Mak sorang-sorang kat rumah, tak ada teman. Kat sini ayah ada abang dan kakak, ayah pun tak sunyi sangat kalau nak dibandingkan dengan mak yang tinggal sorang. Adik ikut mak balik ye, mak janji akan bagi adik belanja sekolah macam yang ayah bagi.” Siti cuba memujuk anak bongsunya supaya mengikut dia untuk tinggal bersamanya.

Hariana Zainun membisu, kepalanya ditundukkan. Kata-kata ayahnya sebelum ini tergiang-giang digegendang telinganya.

“ Esok mak datang nak jumpa adik, adik ingat mak tak?”

Hariana hanya mengelengkan kepalanya, kerana sesungguhnya itu perasaan sebenar yang dia rasa. Kala itu dia tidak mengerti apa itu rindu dan apa itu sayang.

“ Ayah nak pesan pada adik, kalau mak pujuk adik supaya ikut dia balik adik jangan pergi tau. Ayah nak adik tinggal dengan ayah, teman ayah kat sini. Ayah tak nak anak ayah tinggal dengan mak dan orang asing tu. Diaorang tidak akan sayang adik macam ayah sayang adik.”

Hariana hanya terkebil mendengar kata ayahnya, dia sendiri tidak faham apa yang sedang disampaikan oleh ayahnya cuma dia rasa senang bila tinggal bersama ayahnya, apa yang diingini akan dipenuhi sebaiknya. Jiwa kanak-kanaknya terisi.

“ Adik….”

Hariana merenung wajah mengharap maknya, senyum tidak masam pun tidak.

“ Ikut mak balik ye, tinggal dengan mak dan sekolah kat Terengganu. Nanti bila cuti sekolah boleh datang jumpa ayah.”

Dan selepas hari itu dia jarang sekali dapat jumpa ayah, entah kenapa dia termakan juga pujuk emak. Sedar-sedar sahaja dia sudah berada jauh dari ayah, jauh dari senyuman ayah serta jauh dari suara garau ayah yang tiap-tiap malam selalu menidurkannya dengan cerita-cerita dongeng. Tanpa sedar waktu semakin membawa dia jauh dari ayah dan dia semakin membesar sehinggalah ayah sudah digelar warga emas.

Hidup ayah yang keseorangan tanpa isteri telah membuat dia tercampak ke rumah anak-anak. Kadang dirumah kakak sulung, kadang dirumah kakak yang kedua dan kadang dirumah abang yang ketiga. Kala itu hanya itu anak ayah yang berjaya dan boleh diharapkan buat ayah menumpang kasih dan tempat berteduh. Kalau ayah tinggal bersama abangnya yang ketiga bolehlah dia selalu jenguk ayah tapi dia sendiri rasa segan untuk bermanja dengan ayah lagi memandangkan umurnya yang makin meningkat remaja. Akan tetapi kasih sayang ayah tidak pernah berubah, layanan terhadap Hariana sama seperti dulu. Cuma kudratnya makin lemah, tidak sekuat dulu, namun kasih sayangya tidak pudar bersama garisan kedut tua wajahnya.

“ Adik, tolong picitkan kaki ayah, lenguh sangat ayah rasa.” Wajah tua yang penuh mengharap meminta pertolongan daripada anak yang ditatangnya. Hariana mencapai minyak gamat yang berada dihujung kepala katil, dituang minyak itu ke telapak tangan dan kemudian disapu dan di urut kaki ayahnya perlahan-lahan. Ayah hampir terlena kerana selesa dengan urutan si anak.

“ Kenapa dah berhenti adik?”

“ Adik dah penatlah ayah, dah lenguh tangan adik dari tadi asyik urut ayah je.”

“ Sikit lagi dik, lenguh kaki ayah tak hilang lagi.”

“ Adik dah penatla ayah, tak naklah urut lagi.” Rengus Hariana. Ayah hanya diam tidak berkata.

“ Tolong potong kuku ayah ni, dah panjang sangat. Ayah tak nampak nak potong sendiri.”

“ Alah ayah ni macam-macam nak suruh adik buat.” Hariana mrengus buat kali kedua. Ayah hanya membisu, riak wajahnya sedikit berubah keruh dan daif. Hati tuanya terusik barangkali tapi Hariana tidak terfikir akan itu.

Bunyi deringan telefon bimbit Hariana mengejutkan dia dari mimpi yang panjang. Dia mengesat airmata yang meleleh tanpa sedar. Hariana mencapai telefon bimbit yang berada dalam tas tangannya, satu pesanan ringkas terpapar pada skrin telefon bimbitnya tapi dibiarkan tanpa berjawab. Perlahan- lahan airmata yang meleleh diusap daripada pipinya, dia terharu apabila mengingati saat bersama ayah yang tidak pernah dihargai. Kenangan yang mungkin tidak akan dapat dikecapi lagi. Remang petang mula kelihatan tetapi tidak dihiraukan, terlalu payah untuk memujuk hatinya supaya balik ke Terengganu. Seakan ada sesuatu yang menghalang dia untuk pulang dan rumah itu seperti mengamit dirinya supaya terus berada disitu. Berada disitu untuk menagih kembali memori yang telah lama ditelan waktu dan keadaan., seolah ia diminta agar tidak membiarkan kenangan itu terpadam daripada jiwa dan hatinya.

“ Ayah nak makan?” Hariana bertanya kepada ayahnya yang sedang terbaring lemah. Wajah orang tua itu pucat lesi menandakan dia menahan sakit yang tiada terperi.

“ Adik suapkan ayah bubur nasi ye.”

Lelaki tua itu hanya mengangguk lemah. Hariana menyuapkan sesudu bubur ke mulut ayahnya dan suapan bubur itu dihirup dengan perlahan, terlalu sukar dan payah baru bubur nasi itu dapat ditelan. Selepas beberapa sudu bubur itu dihirup, dia menolak suapan yang dihulurkan Hariana.

“ Makan lagi ya ayah, sikit je lagi.” Hariana mensuakan sudu ke mulut ayahnya tetapi di tolak. Akhirnya dia akur, bibir tua itu dilap dengan sapu tangan dan kemudian dia menyuakan segelas air masak kepada ayah. Perlahan-lahan air itu diteguk sehingga tinggal separuh.

Hariana duduk menghadap ayahnya, tiada lagi senyum dan tawa pada wajah ayah, hanya seraut wajah yang hilang serinya, wajah yang perit menahan sakit. Kadang mata tua itu dipejam dan sekali sekala mata itu dibuka, sayu anak mata tua itu memandang Hariana. Hariana terasa ingin menangis tetapi airmatanya tidak keluar, hanya dadanya yang sakit menahan sebak. Kesedihan yang bercampur aduk dengan secebis kepiluan terlalu sukar untuk dipamerkan. Dia hanya mampu berdiam diri dan memerhati, dalam hatinya tiada siapa yang tahu. Ayahnya seolah menanti waktu, tiada apa yang boleh dilakukan selain daripada tidur dipembaringan serta duduk. Makan harus disuapkan, badan yang lemah itu juga perlukan seseorang untuk di bersihkan. Pendek kata dia tidak berdaya lagi untuk menguruskan diri sendiri, semua diharapkan pada anak-anak.

“ Adik…………”

Hariana tersentak, dia terus berlari mendapatkan ayah apabila mendengar jeritan ayah yang memanggil namanya bertalu-talu. Suara tua yang terlalu lemah dan telah hilang butir bicaranya.

“ Ayah nak minum?” Hariana melekatkan telinganya ke mulut ayah untuk mendengar apa yang diucapkan namun tiada sepatah kata pun yang difahaminya. Hariana sebak, ayahnya sudah tidak mampu bercakap hanya bibirnya bergerak-gerak tanda dia berbicara. Hariana menyuapkan sesudu air masak kepada ayahnya, mungkin itu yang dipinta ayah fikir Hariana. Entah kenapa hari itu ayahnya berkali-kali memanggil namanya sehingga dia tidak tenang untuk melakukan kerja lain.

“ Adik nak balik jugak ke?”

“ Yelah, esok adik ada tugas kat sekolah. Ayah dah okey sikit kan lace. Esok adik datang lagi.”

“ Kak Long rasa eloklah adik tak payah balik, temankan ayah. Ayah perlukan adik, tengok petang tadi dia asyik panggil adik je.”

“ Tapi kak, adik bertugas esok. Adik rasa ayah tak apa-apa.”

Sebelum sempat Hariana melakukan tugasnya disekolah, dia telah dikejutkan dengan berita yang memeritkan.

“ Ayah dah tak ada dik, dia dah pergi buat selamanya.”

Hariana kaku memandang jenazah ayahnya, airmatanya tidak mampu untuk dititiskan, hanya dada yang menahan sendu. dia menyesal dan marah pada dirinya sendiri, andai dia tahu petang itu kali terakhir ayahnya bersuara untuk memanggilnya dia tidak akan tinggalkan ayah. Andai dia tahu itulah panggilan terakhir seorang ayah kepada anaknya dia pasti akan berada disisi ayah sehingga rohnya dipisahkan daripada jasad. Hariana akur dengan firman Allah s.w.t .

“Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan”

Pergi sudah sebuah cinta yang terlalu dipuja. Dia tidak mengenal siapa lelaki selain ayahnya. Bagi Hariana ayah adalah cinta pertama dan terakhirnya, ruang hatinya terlalu sakit kerana tidak sempat untuk menghadiahkan kejayaan kepada ayah yang dicintai.

Bukan tiada lelaki yang ingin menyunting tetapi disingkirkan. Dia hanya mahukan lelaki yang benar-benar berperibadi seperti ayahnya. Mampukah dia? Hanya Tuhan yang bisa menjawab.

“ Anak tidak bertolak balik lagi? Hari dah hampir malam.”

Hariana menoleh apabila ada satu suara menegurnya. Dari tingkap kereta dia nampak lelaki tua yang menegurnya petang tadi sedang berdiri dan tersenyum.

Hariana mengesat sisa airmata yang tinggal.

“ Kenapa anak tidak balik lagi? Tidak elok seorang perempuan memandu seorang diri pada waktu malam.”

“ Erm…maafkan saya pak cik, saya tidak sedar rupanya hari dah nak malam.”

“ Nak….bolehkah pak cik bertanyakan sesuatu?” Hariana menoleh ke arah wajah tua yang putih bersih pada pandangan matanya.

“ Silakan pak cik..”

“ Pak cik bukan nak menjaga hal peribadi anak tetapi pak cik dapat rasakan yang anak ni ada masalah.”

“ Apa maksud pak cik” Hariana terkejut apabila orang tua itu seolah mengerti masalah dan gelodak perasaan yang dialaminya.

“ Anak…dalam hidup ini kita tidak akan mendapat semua apa yang diingini dan sesungguhnya setiap apa yang Allah berikan pada kita adalah rahmatNya yang tidak terhingga. Kekayaan dunia hanya seketika, keikhlasan dan keperibadian yang baik adalah jalan untuk menuju kepadaNya. Jangan mencari kesempurnaan yang pernah kita dapat seperti sebelum ini kerana setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan sendiri, hanya kita yang berhak untuk menghargainya atau tidak. Pak cik rasa anak dah faham apa maksud pak cik, anggaplah kata-kata pak cik ni sebagai nasihat daripada arwah ayah anak. Terimalah dia nak…dia pasti dapat memberi kebahagiaan yang anak cari seperti sebelum ini..”

Hariana terdiam dan terkelu..rasa rindu dan kemelut jiwa yang yang melanda hatinyalah membuatkan dia sampai ke daerah itu. Lelaki tua itu seolah tahu apa yang sedang bermain dalam mindanya..Oh, Tuhan!

“ Terima Kasih pak cik.”

Lelaki itu hanya mengangguk dan tersenyum ke arahnya. Hati Hariana menjadi sejuk apabila memandang senyuman lelaki tersebut.

“ Eloklah rasanya kalau anak berangkat dulu kerana hari sudah hampir malam, tidak baik gadis sepertimu berjalan jauh di malam hari. Semoga perjalananmu dirahmati Allah, dan ingatlah nak….apa yang telah Tuhan tentukan buat hambanya adalah yang terbaik, hanya dirimu sendiri membuat pilihan samada untuk menuju ke pintu syurga atau ke neraka. Pulanglah dan terimalah dia dengan pintu hatimu yang terbuka kerana Allah. Assalamualaikum.”

Lidah Hariana seolah terkunci, pandangan matanya tertancap pada lelaki tua yang telah pergi jauh dari tempat dia duduk dan akhirnya hilang ditengah gelap malam yang makin ketara. Salam lelaki tua itu hanya terjawap di dalam hati.

Hariana mengangguk sendiri dan seolah mendapat nafas baru, dia mencapai telefon bimbitnya. Kata-kata lelaki tua itu memberi kelmbutan pada hatinya.dia seolah tahu dan faham apa yang sedang terbaca dalam hati kecil Hariana. Ya Tuhan, betapa Agungnya KuasaMu.

“ Saya terima pinangan awak. Datang ke rumah saya sepertimana yang awak inginkan. Saya ikhlasSelepas menaip sebaris ayat dan menghantarnya kepada empunya dia lantas menghidupkan enjin keretanya dan memecut pergi. Sekilas dia memandang ke arah lorong yang penuh dengan semak samun itu, hanya hitam pekat yang dapat dilihatnya. Atap rumah usang itu juga sudah tidak kelihatan, hilang ditelan kegelapan malam. Keretanya terus dipecut meninggalkan kawasan itu. Dalam benaknya tertanya-tanya siapakah orang tua itu sebenarnya? Bagaimana dia boleh lupa untuk bertanyakan nama, mungkin ibunya kenal dengan orang tua tersebut apabila diajukan pada ibunya nanti. Fikirannya terus ligat berfikir sehingga kampung tercinta itu ditinggalkan jauh, dia sendiri buntu untuk terus memikirkan siapa lelaki tua itu…kerana lelaki tua itu hatinya menjadi lembut untuk menerima seoarang lelaki dalam hidupnya.Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui Segalanya.

hakcipta terpelihara:Kuntumcempaka

sepakat

NAXCA3SCY56CAPVOGW8CA1PED0YCACWPTHQCA6S4LCRCANVCST7CAY557N2CAB1I5OLCAB1T44CCANC1SPJCAV9STQ3CAC7K1K1CAOI4EZ1CABZA4U5CAEWX37UCAGDU88VCA6KLUT5CAIE82PBCAT02KQN

berada kian menjauh

duduk makin berlari

berdiri terus melangkah

buang utuh…

lempar keteguhan

terus kehilangan sepakat

tiada peduli

hakcipta terpelihara: ina_mardina

sukar 2

16102007(008)

Sukar..
sebenarnya terlalu sukar untuk ditafsirkan
kerana sukar itu terlalu susah untuk dilalui..
dan seprtimana selalu ia hanya dirasa dalam sebuah perasaan
dalam hati yang terasa terlalu payah untuk diungkapkan

sukar…
itu satu kepastian resah yang sedang menjalar dalam diri
hadir sentiasa walau dalam tenang yang beratur..
hilang sebentar saat aku sematkan hati dengan satu hakikat
dan kembali semula bila akal mula berbicara..

sukar..
jangan sampai aku kehilangan waras yang hakiki
kerana aku terlalu sukar untuk meneruskan
tapi tidak akn terbiar sebuah pedoman
yang sekian lama aku pertahankan

hakcipta terpelihara: Kuntumcempaka

sukar

SHIMI - tears

terasa nak menjerit..
tapi kata dan keluhan hanya tersekat dalam nafas
dihembus..hilang seketika…
datang kembali saat aku bernafas

datang dan pergi…
buat aku kelu sendirian
terasa ingin menjerit…
namun mendesah hanya dalam jiwa…

terasa mahu meraung..
seolah suara ini tertelan dengan bingitan keluhan..
membawa pergi alunan resah…ntah kemana
dan pasti kembali semula
sebagai penghuni tetap
tetap! saban waktu dan saban hari!

terbiar menangis dalam duka
mengapa dan kenapa harus
biarkan diri dalam gelangang resah
yang selalu mengekori…

arghh….
bila kan berlalu.
payah dan sukar ini….
supaya aku senang bernafas……..

hakcipta terpelihara: ina_mardina

Hujan


hari ni hujan…


bila tengok kat awan,,

gelap…

seperti mahu mengghitamkan alam Tuhan ni…

tapi seketika sahaja…

panas kembali terik…….

dan seketika lagi hujan kembali………….

seperti hidup yang dilangkahi

tiada penghujung…..tidak ketahuan onak yang ditempuh

tapi tetap melalui

kerana kaki tak mungkin akan berpaling ke belakang.

penulisan

pertama kali aku menyedari bahawa aku terlalu meminati bidang penulisan apabila aku mula mengunting keratan buku, akhbar atau majalah yang memaparkan puisi, sajak dan cerpen pendek. semua tu aku simpan n bila aku berseorangan aku akan membaca berkali-kali apa yang aku kumpulkan,,,tapi sekarang semua tu dah hilang….dan minat tu terus membuat aku score dalam subjek Bahasa melayu terutamanya penulisan(karangan ler…) aku cukup suka ngan subjek ni dan bila time nak buat karangan rasa macam idea dalam kepala ni tak sabar-sabar nak keluar. …sehinggalah aku mula masuk ke alam remaja,,,sekolah menengah dan tabiat aku suka menulis makin menjadi-jadi apabila disetiap tepi buku nota sekolah aku akan aku coret dengan bermacam kata,,,,kengkawan yang kenal aku cukup paham bila tengok aku kusyuk menulis sewaktu cikgu sedang mengajar didepan,,,,,konon macam catat apa yang cikgu ajar tapi sebenarnya aku sedang berada didunia aku sendiri…………hihihihih. aku pantang jumpa pen dan kertas,,,kertas yang kosong akan menjadi serabut dengan tulisan aku yang boleh tahan jugak cakar ayam tuh…hahahah..aku cukup pure dalam subjek penulisan masa zaman persekolahan dulu,,,,penulisan aku pernah menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain….bangga pulak masa tu..hihihihi…
form 5 aku mula belajar untuk menghasilkan sebuah cerpen,,,,hanya dengan tulisan tangan….dalam sebuah buku,,buku tu aku simpan lagi sampai sekarang coz tu kenangan terindah kerana aku juga mampu menulis,,,,cuma aku masih belum sehebat penulis-penulis yang telah mengukir nama di persada penulisan dunia…kuikuikui..sikit demi sedikit aku mula jarang menulis kerana sibukla konon sehinggalah aku melanjutkan pelajaran ke KPTM KB..aku sekali lagik menulis cerpen …aku lupa tajuknya dan cerpen tu dah hilang dari simpanan aku..tapi kalau tak silap aku ianya ada dalam simpanan kawan baik aku,,nanti aku nak carik kat dia la,,,,,cerpen tu aku hantar ke dewan bahasa dan pustaka wilayah timur Kota Bharu….tapi tak menang pun tapi dari situ aku dijemput untuk menghadiri kursus penulisan remaja wilayah timur anjuran dewan bahasa dan pustaka wilayah timur…..melalui kursus tu banyak jugak ilmu yang aku dapat….sekali lagi aku mengentengahkan satu puisi untuk melayakkan diri menghadiri kursus penulisan remaja peringkat kebangsaan dan puisi aku terpilih tetapi…………..bila aku menerima surat untuk menghadiri kursus tersebut, ianya bertembung dengan jadua final exam aku,,,,masa tu aku semester ke berapa ntah kat kptm tu..rasa nak menangis je masa tu….seingat aku orang yang incharge pasal kursus tu call aku…….aku dengan berat hati menolak dan ianya bernoktah disitu..,,,,,walhal aku masih ingat kata en.Azam tu, kalau ada masa nak menghadiri kursus call dia n dia akan cuba arrangekan utk aku…mybe masa tu aku tak pandai nak bahagikan masa…dan ia terus ternoktah!
walaupun aku hanya menulis untuk melempiaskan minat aku..aku rasa puas….jauh disudut hati aku juga ingin menghasilkan karya-karya yang akan diketengahkan dan aku ingin mengukir nama dalam bidang ini..mampukah aku????
banyak cerpen yang aku tulis tapi hilang daripada simpanan aku….betul-betul menyedihkan……
dan sekarang aku terus berusaha untuk mencapai impian aku….
kerana aku terlalui menyintai bidang ini!ia sebati dalam dunia hati aku….

sukar

SHIMI - tears

terasa nak menjerit..
tapi kata dan keluhan hanya tersekat dalam nafas
dihembus..hilang seketika…
datang kembali saat aku bernafas

datang dan pergi…
buat aku kelu sendirian
terasa ingin menjerit…
namun mendesah hanya dalam jiwa…

terasa mahu meraung..
seolah suara ini tertelan dengan bingitan keluhan..
membawa pergi alunan resah…ntah kemana
dan pasti kembali semula
sebagai penghuni tetap
tetap! saban waktu dan saban hari!

terbiar menangis dalam duka
mengapa dan kenapa harus
biarkan diri dalam gelangang resah
yang selalu mengekori…

arghh….
bila kan berlalu.
payah dan sukar ini….
supaya aku senang bernafas……..

hakcipta terpelihara: Kuntumcempaka