F

Tuesday, October 1, 2013

bagaimana?

NAIN...

dah lama ibu tak update kat sini kang..ibu bizi la sayang.,.sian NAIN MESTI tungu ibu update kang..NAIN mesti nak dengar cerita dari ibu kang?

Hari ni ibu just nak share pengamatan dan pengiktirafan opismate ibu iaitu uncle Amir terhadap ibu.
Pengamatan apa agaknya ye NAIN?

UNCLE AMIR cakap pada ibu..die respect pada ibu kerana dapat mengharungi kehidupan berdua dengan NAIN di sini. Kenapa?mengapa?

Bagaimana ibu boleh uruskan NAIN tanpa ayah..bagaimana ibu melayan ragam NAIN..bagaimana ibu menghantar NAIN pada mama pagi2 hari, bagaimana ibu mengambil NAIN selepas waktu kerja, bagaimana ibu keluar opis on time, bagaimana ibu berjalan dengan langkah yang laju untuk cepat sampai ke monorel, lrt dan bas, bagaimana ibu menguruskan keperluan NAIN dan ibu..bagimana ibu mengemas, membasuh dan melakukan segalanya sepanjang NAIN ada disisi ibu..

Terlalu banyak bagaimana kang? Semasa NAIN di dalam perut ibu..ibu pernah cakap pada ayah, ibu tak mampu lakukan semua tu seorang diri.
PENAT?IBU rasa semua perempuan yang bergelar ibu, mama, mak atau umi pasti merasa penat tapi yang pasti ibu dan mereka tak sesekali akan merungut dengan kepenatan tersebut.Malah merasa gembira dan bangga mengharugi kepenatan menjaga anak2..

Bagaimana ibu boleh lakukan?Selepas NAIN lahir..NAIN adalah segalanya..tiada istilah tak boleh bagi ibu demi NAIN..IBU lebih rela penat, tidak cukup tidur, kelaparan, kehausan daripada ibu tak dapat jaga NAIN dan tengok NAIN SEPANJANG MASA.

Bagaimana kekuatan itu datang?
Ibu percaya, ALLAH s.w.t telah tiupkan semangat yang tak berbelah bagi dalam diri ibu,
DIA JUGA telah berikan ibu kekuatan, kepercyaan dan keyakinan untuk menghadapi semuanya.
DAN ibu bersyukur kerana Allah telah kurniakan ibu anak iaitu NAIN yang tidak banyak ragam.
WALAUPUN NAIN masih bayi tapi NAIN SEOLAH mengerti keadaan ibu.

NAIN kena ingat..pengorbanan seorang ibu terhadap anak takkan dapt dibalas dengan nilai ringgit..
Pengorbanan ayah mencari rezeki untuk melengkapkan kehidupan NAIN juga jangan diabaikan..
Percayalah ayah berada jauh dengan NAIN DAN IBU kerana tuntutan kerja..mencari rezeki untuk masa depan NAIN DAN keluarga kita..

IBU DAN AYAH tak mengharapkan balasan wang ringgit daripada NAIN suatu hari nanti...
Kerana kami percaya NAIN adalah amanah terhebat daripada ALLAH..
CUMA KAMI harap NAiN tidak akan pernah lupakan kami, IBU DAN AYAH NAIN.





No comments:

Post a Comment