F

Wednesday, September 4, 2013

pengalaman bersalin part 2

sementara menunggu pukul 2pm.ibu teruskan menulis pengalaman bersalin kan NAIN ye,

10 june 2013
Selepas nanny tau yang ibu dah keluar tanda darah, nanny cepat2 suruh bersiap pergi hospital. Ibu konpius sebab ibu tak rasa sakit langsung tapi sebab ibu takde pengalaman so ibu ikutkan jela apa yang nanny suruh. Nasib baik masa tu ayah masih bercuti, ayah hantar ibu ke hospital Muar jam 11malam. Ayah agak kelam kabut bawak kereta laju-laju walaupun ibu dah cakap belum nak bersalin just keluar tanda..nampak sangat ayah nervous kan?heheheh..

di Hospital, doktor cek jalan baru buka 2cm tapi ibu kena admit wad, kalau ikutkan tak perlu kan sebab setiap 5jam 'jalan' akan buka 1cm jika bersalin sulong. Maybe sebab rumah nanny jauh dari Hospital. Itu yang ibu kena admit. Jam 12am baru ibu dimasukkan ke wad 13, ibu biasa2 je boleh jalan sendiri dan tiada rasa sakit. Dalam hati ibu berdoa agar ibu akan bersalin hari selasa, 11 june 2013 iaitu tarikh jangkaan bersalin ibu.

Menunggu di wad memang membosankan...
ayah pun boleh datang melawat semasa waktu melawat je..jika tak sendirian la ibu..menunggu rasa sakit.
Bila dah masuk tengahari, sakit semakin terasa sehingga ke malam..sakit makin menjadi2..
Bagimana rasa sakit tu sukar ibu nak gambarkan..hanya para2 ibu yang pernah mengalaminya mengetahuinya..

8.30pm sekali lagi doktor cek jalan dan dah terbuka 4cm, ibu terus di hantar ke labour room. Ayah pulak balik mandi dan sebagainya..ibu call ayah supaya terus ke labour room bila sampai ke hospital..
Semasa di dalam labour room, sakit ibu makin menjadi2..sudah tidak tertanggung ibu rasakan..
tak lama ibu tunggu ayah sampai dan bagitahu nenek dari terengganu ada sampai dan sedang menunggu di ruang menunggu.. Ibu mengharapkan anak ibu akan lahir pada bila2 masa sahaja kerana sakit untuk meneran makin kuat..Dan ibu dapat merasakan nenek, aki, nany dan semua percaya yang ibu akan bersalin dalam masa terdekat.

namun bukan rezeki ibu untuk bersalin pada tarikh EDD...6jam lebih ibu bertarung nyawa untuk melahirkan NAIN, akhirnya jam 2.09am NAIN lahir secara vakuum..Ibu hanya sempat tengok NAIN diletakkan di atas perut ibu sekejap dan kemudian nurse terus bawa NAIN keluar..daripada perbualan doktor dan nurse..NAIN di bawa keluar untuk diberikan oksigen kerana NAIN sudah berak sebelum sempat ibu push keluar.heheh..

Ibu tidak putus2 bertanya doktor dan nurse, bgaimana keadaan NAIN.

'Anak saya macamana?dia nangis tak?'

Bila doktor cakap okey dan NAIN dah menangis, ibu lega..

Tapi NAIN tak boleh berada dekat dengan ibu lagi sebab NAIN mesti dipantau dan kena diberi oksigen secukupnya. Sehingga ibu meminta pada doktor untuk tengok anak ibu sekejap..ibu meminta2 sehinggalah doktor bawa NAIN dan letakkan di atas perut ibu..Ibu sangat terharu dan bersyukur kerana anak ibu sempurna segalanya!Masa tu baru ibu tahu NAIN adalah lelaki. Alhamdullilah...tak sampai 15minit, doktor bawa NAIN keluar lagi..dan ibu terpaksa menunggu di labor room sehingga jam 9pagi..

selepas nurse datang bersihkan ibu, ibu dibawa keluar tanpa NAIN..
Sekali lagi ibu bertanya 'Mana anak saya nurse?'
Perasaan ibu lega bila nurse bagitahu yang NAIN diluar sedang diazankan oleh ayah..

Ibu tak dapat menahan perasaan bila ibu keluar dari labour room, ibu nampak nenek dan nanny..ibu nampak ayah dan NAIN..

Ibu sedih sebab ibu ingat..ibu takkan jumpa dorang semua lagi...
Alhamdullilah..ibu diberi kesempatan untuk terus bersama NAIN dan mereka..syukur pada Allah s.w.t.


Selepas 1hari berada di wad, ibu dibenarkan balik..
Ibu berpantang dirumah nanny selama 3minggu ditemani nenek. Nenek tak sampai hati nak balik cepat kerana kesiankan ibu yang tak boleh berjalan..mungkin kesan dari vakuum..wallualam..apapun ibu hanya anggap semua tu dugaan ALLAH..dan sakit tersebut sudah terbalas dengan adanya NAIN...

Sejak itu, baru ibu faham betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..mengadungkan dan melahirkan kita.
Ibu bahagia kerana ibu telah merasai nikmat bersalin...

Mungkin ibu tak pandai untuk bercerita..tapi cukuplah ibu katakan ..pengorbanan seorang ibu melahirkan kita itu terlalu tinggi nilainya..sebagai seorang anak kita seharusnya tidak menderhaka pada mereka walau kita sudah besar, berpendidikan, berharta dan mempunyai segalanya..tapi jika kita tidak ada berkat daripada ibu hidup kita akan pincang..jiwa dan rohani kita akan kosong..

Ibu sentiasa doakan NAIN akan menjadi anak yang soleh...yang akan mendoakan ibu dan ayah bila kami sudah tiada nanti. InshaAllah..

No comments:

Post a Comment